Kenyataan Teresa terhadap pakaian masyarakat Iban undang kemarahan umum

KUALA LUMPUR: Tindakan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok yang cuba menimbulkan provokasi mengenai kod etika pemakaian yang perlu dipatuhi ketika berurusan di pejabat kerajaan mengundang kemarahan dalam kalangan pengguna media sosial.

Menerusi laman sosial Facebook, beliau memuat naik gambarnya bersama sekumpulan lelaki yang memakai pakaian tradisional masyarakat Iban di Sarawak dengan menyatakan pakaian tradisi tersebut yang bersifat separuh bogel ataupun ‘tidak menutup aurat’ sememangnya akan dilarang memasuki pejabat kerajaan.

“Bila saya masuk ke church of Divine Mercy di Shah Alam untuk menghadiri sambutan Gawai dan Kaamatan, saya memang tertarik dengan kostum lelaki Iban yang merupakan setengah bogel ataupun ‘tidak tutup aurat’ ini.

“Pakaian tradisi Iban ini memang akan dilarang masuk pejabat kerajaan dengan kod pakaian Perkhidmatan Kerajaan sekarang,” tulisnya dalam entri tersebut, malam tadi.

Tambahnya, kostum dan budaya tersebut harus dipelihara kerana menjadi sebahagian daripada tarikan pelancongan ke negara ini.

Bagaimanapun, tindakan Teresa yang secara sinis terhadap kod etika pemakaian di pejabat kerajaan dengn membandingkan pakaian tradisi masyarakat Iban itu mengundang cemuhan dalam kalangan pengguna media sosial yang menyifatkan beliau sebagai seorang yang kurang pengetahuan mengenai masyarakat Iban.

“Nampak sangat tak kenal org Sarawak. Org Iban dah tak pakai pakaian macam ni untuk aktiviti seharian. Ini pakaian tradisi. Teresa ingat org Iban mundur sangat ker? Dah majulah,” kata Alwi Adam EzazWealth.

Manakala Iqmal Ul Izhar berkata:

“Sorry ya YB. FYI, Orang Iban lebih bersopan dalam etika pemakaiannya ketika berurusan dengan pejabat kerajaan. Kerana mereka tahu dan ambil tahu. So pls stop mainkan isu dress code ni. Bukan apa YB, takut2 wujud Maslan versi PR plak nnt. Pity of u! Dah mmg xde isu ke skrg??”

“Tak habis2 lagi nak main isu dress code? seriously please grow up la. banyak isu rakyat yg lebih penting boleh kau main,” tambah Muhamad Harris Nasril.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana