Kata Sudah Berpisah Dengan DAP!!!Hubungan PAS-DAP-PKR di Selangor diteruskan seperti biasa - Iskandar Samad

SHAH ALAM: PAS Selangor akan meneruskan hubungan dengan DAP-PKR sehingga menerima arahan rasmi daripada Jawatankuasa PAS Puasat (JKPP), tegas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada keputusan Majlis Syura Ulamak pada Jumaat yang memutuskan tahaluf siyasi dengan DAP terbatal namun masih komited dengan PKR dalam Pakatan Rakyat.

Beliau yang juga Naib Presiden PAS berkata kerjasama DAP, PKR dan PAS dalam kerajaan negeri Selangor akan diteruskan demi menjaga amanah rakyat yang diterima pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu.

"Hubungan dan kerjasama di dalam kerajaan adalah berdasarkan jawatan-jawatan kerajaan seperti Exco, Ahli Dewan Negeri, Ahli Majlis dan Ketua Kampung maka akan diteruskan demi menjaga amanah rakyat yang diterima pada PRU13.

"PAS Selangor dimaklumkan bahawa Majlis Syura Ulamak (MSU) telah memutuskan agar hubungan tahaluf siasi dengan DAP dibatalkan.

"Kami juga dimaklumkan bahawa pelaksanaan keputusan ini telah diserahkan kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (JKPP) menurut kesesuaian dan keperluan politik semasa", katanya dalam satu kenyataan.

Semalam, Setiausaha Majlis Syura Ulamak, Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh memberitahu keputusan sayap tertinggi dalam PAS itu berhubung putus hubungan dengan DAP akan diserahkan kepada Jawatankuasa PAS Pusat untuk tindakan seterusnya.

Keputusan Majlis Syura Ulamak itu tidak mengejutkan malah ia sudahpun dijangka memandangkan tindakan provokasi melampau DAP terhadap parti Islam itu.

DAP juga konsisten menyerang Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersabit isu pelaksanaan hudud di Kelantan.

PAS menerusi muktamar tahunannya di Hulu Selangor pada 6 Jun lalu meluluskan tanpa bahas usul untuk memutuskan hubungan dengan DAP.

Bagaimanapun usul tersebut perlu diputuskan Majlis Syura Ulamak sebelum ia menjadi ketetapan rasmi parti itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana