'Jurutera’ Cuba Sabotaj Pembinaan Landasan MRT

KUALA LUMPUR 25 Julai - Mass Rapid Transit Corporation Sdn. Bhd. (MRT Corp) hari ini membuat laporan polis berikutan maklumat palsu tentang dakwaan keretakan pada konkrit landasan MRT di Lebuh Raya Damansara Puchong (LDP) yang kini menjadi viral di laman sosial.

Pengarah Komunikasi Strategik dan Perhubungan Awam MRT Corp, Mahmood Abdul Razak turut menafikan dakwaan tersebut, malah memberitahu ‘keretakan’ itu adalah dua helai jaring yang menutupi landasan kerana kerja pembinaan sedang dijalankan.

“Ini merupakan sabotaj daripada pihak tertentu kerana individu yang mengaku jurutera, malah rekod mengenainya dan syarikat juga tidak dijumpai dalam senarai kontraktor pembinaan MRT.

“Gambar tersebut juga diambil dari sudut bawah supaya lapisan jaring yang bertemu itu kelihatan seolah-olah retak. Kita percaya pihak ini cuba menakut-nakutkan orang ramai,” katanya pada pemberita di hadapan Balai Polis Travers di sini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana