JANGAN MAIN-MAIN DENGAN MELAYU.

Tidak dinafikan insiden Low Yat banyak hikmah di sebaliknya. Ternyata telah banyak yang membuka mata, khususnya masyarakat bukan Melayu. Antara buktinya, artikel “Saya Benci Racism” tulisan sahabat kami Saiful Nang dibaca oleh lebih 5 juta pembaca dan menerima sekitar 7000 komen yang kebanyakannya dari pembaca bukan Melayu.

https://www.facebook.com/snfanclub/photos/a.197056165957.130711.25409635957/10153120144675958/?type=1

Ramai yang inginkan agar kemelut ini diselesaikan dengan damai. Mereka telah menyaksikan dengan mata sendiri budaya ‘amuk’ pada Bangsa Melayu apabila tekanan sudah tidak dapat diterima, khususnya yang melibatkan bangsa dan agama.

Bahasa sarcastik dari penulis di bawah ini terlalu mendalam kesannya di hati. Walaupun tidak semua, namun banyak juga kebenarannya untuk kita renung bersama. Baca ungkapan rakan kita ini dengan mengukur benar salahnya mengikut ukuran diri kita sendiri. Tidak perlu malu dan terlalu denial dengan hakikat sebenar kedudukan Bangsa Melayu hari ini seperti yang diceritakan.

Kita ambil pelajaran dan buat pembaikan dari setiap bait ungkapan yang terlakar dalam ‘puisi pedas’ ini mengikut situasi masing-masing. Mari damaikan suasana agar anak cucu kita boleh hidup selamat sejahtera.

"SELAMAT HARI RAYA"

WARGA PRIHATIN

* * *

Ini amaran keras untuk bangsa-bangsa lain selain bangsa Melayu yang ada di Malaysia. Bangsa kami memang Bangsa perut hijau dan tak pernah takut pada semua orang.

JANGAN MAIN-MAIN DENGAN MELAYU.

Bangsa kami sanggup bunuh kerat 8 anak sendiri dan sumbat dalam lubang jamban. Inikan pula nak kerat bangsa lain.

JANGAN MAIN-MAIN DENGAN MELAYU.

Bangsa kami sanggup dera anak sampai patah tulang temulang. Inikan pula nak patahkan tulang temulang bangsa lain.

JANGAN MAIN-MAIN DENGAN MELAYU.

Bangsa kami sanggup lumba bergadai nyawa di atas jalan raya. Inikan turun ke jalan raya untuk berperang dengan bangsa lain.

JANGAN MAIN-MAIN DENGAN MELAYU.

Bangsa kami sanggup rogol dan bunuh bangsa sendiri inikan pula rogol dan bunuh bangsa lain.

JANGAN MAIN-MAIN DENGAN MELAYU.

Bangsa kami paling ramai menguasai pusat serenti dan penjara.

JANGAN MAIN-MAIN DENGAN MELAYU.

Bangsa kami yang mentadbir negara dengan terang terangan merompak duit rakyat. Inikan pula nak merompak duit bangsa lain.

JANGAN MAIN-MAIN DENGAN MELAYU.

Bangsa kami boleh angkat parang turun kumpul beramai-ramai dengan hanya message dari group whatsapp tanpa usul periksa.

JANGAN MAIN-MAIN DENGAN MELAYU.
JANGAN MAIN-MAIN DENGAN MELAYU.
JANGAN MAIN-MAIN DENGAN MELAYU.

Ini amaran keras! Kamilah Bangsa yang paling berani dan berkuasa di Dunia.

TAPI AKU....
Aku lebih bangga menjadi seorang muslim yang dirahmati Allah.. Daripada menjadi Melayu yang dikhianati bangsa sendiri!!!

DARI PAGE: SYAHRIL ANUAR MOHAMAD

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana