Inikah orang yang dikatakan kesihatan merosot...mohon tahanan kediaman...?

Masih ada yang percaya pada penipu seperti ini.....???
Tahanan yang bebas melakukan apa saja???
Kerajaan memang zalim ...tiada keadilan.

ANWAR MAHU SATU KERJASAMA BARU DIBENTUK DI KALANGAN PARTI-PARTI PEMBANGKANG

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim inginkan supaya satu kerjasama baru dibentuk segera antara parti-parti pembangkang sekaligus meminta semua pihak menghentikan dakwaan bahawa Pakatan Rakyat sudah berkubur.

Menurut sumber dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR), pesanan itu disampaikan sewaktu mesyuarat pimpinan tertinggi PKR baru-baru ini.

"Datuk Seri Anwar tidak mahu Pakatan terus berkubur.

"Kenyataan seperti Pakatan sudah mati tidak wajar dikeluarkan lagi oleh pemimpin dalam parti pembangkang," kata sumber itu kepada Astro AWANI.

Kata Anwar lagi, satu pakatan baru yang turut melibatkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) wajar dibentuk supaya rakyat diberi alternatif ketika Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.
Beliau meminta supaya semua parti yang pernah duduk bersama dalam Pakatan mengenepikan segala perbezaan dan duduk berbincang demi mencapai matlamat yang sama.

"Kata Datuk Seri Anwar masa ini bukan masa untuk bergaduh sesama parti pembangkang.
"PKR perlu mengajak parti-parti lain ke meja rundingan dan berusaha untuk mewujudkan kembali kerjasama ini," kata sumber tersebut lagi.Perbincangan ke arah pembentukan satu blok pembangkang yang baru dijangka akan diadakan dalam masa terdekat.

Walaupun tidak semestinya formula tersebut berasaskan Pakatan Rakyat tetapi pada prinsipnya, kerjasama yang bakal dijalin perlu dilihat utuh bagi mendepani parti memerintah Barisan Nasional dalam masa beberapa tahun menjelang Pilihan Raya Umum dan juga Pilihan Raya Negeri Sarawak.
Anwar kini sedang menjalani hukuman penjara lima tahun bagi sabitan kes meliwat bekas pembantu peribadinya.

Sementara itu, seorang lagi sumber yang dihubungi oleh Astro AWANI mengesahkan mesej Anwar itu disampaikan dalam mesyuarat pimpinan parti.
"Anwar minta supaya jangan terikut-ikut dengan pihak yang sibuk mengatakan Pakatan Rakyat sudah mati," kata sumber itu.

Beliau menjelaskan logik yang disampaikan oleh Anwar iaitu bagaimana mungkin Pakatan Rakyat sudah mati kalau gabungan itu belum tertubuh secara rasmi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana