Idris Ahmad sindir golongan progresif PAS

SHAH ALAM: Naib Presiden PAS, Idris Ahmad hari ini menyindir golongan progresif PAS yang menubuhkan parti baru, Gerakan Harapan Baru (GHB) apabila beliau memuatnaik status mengenai ikrar Bai'ah di Facebook rasmi PAS Selangor.

Status berkenaan jelas memfokuskan kepada golongan berkenaan apabila gagal untuk taat setia kepada parti sekiranya dipilih atau tidak pada pilihanraya umum lalu.

"Wallahi, Wabillahi, Watallahi, bahawa saya (nama calon) yang diamanahkan oleh Parti Islam SeMalaysia (PAS) untuk bertanding bagi (nama pilihanraya dan kerusi) bersumpah dengan nama Allah, sama ada saya menang atau kalah dalam pilihanraya ini, saya tidak akan mengkhianati parti dan perjuangan parti ini."

"Jika saya mengkhianati parti dan perjuangan parti ini, maka saya akan dilaknati Allah, para Malaikat dan sekalian para pelaknat," tulis beliau.

Menurut beliau lagi, tindakan golongan berkenaan jelas menunjukkan mereka telah hilang kesetiaan kepada parti.

Idris pada Isnin berkata Jawatankuasa PAS Pusat akan mengadakan mesyuarat awal Ogos depan berhubung tindakan bekas timbalan presidennya, Mohamad Sabu mengumumkan penubuhan parti baru GHB.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana