Giler Kuasa.....Tiga wakil rakyat mahu masuk GHB perlu kosongkan kerusi: PAS Selangor

BANGI, Jumaat – Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Anggota Parlimen dari PAS yang berhasrat meninggalkan parti bagi menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB) perlu mengosongkan kerusi yang dimenangi terlebih dahulu, kata Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman.

Beliau berkata ini kerana kerusi berkenaan ditandingi dan dimenangi atas tiket PAS, lapor Bernama semalam.

“Mengapa terlalu lama untuk isytiharkan diri keluar dari PAS? Kenapa perlu berselindung?” katanya dalam kenyataan mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris yang menyebut tiga wakil rakyat Selangor dikatakan menjadi sebahagian daripada GHB.

ADUN Morib, Hasnul Baharuddin; ADUN Hulu Klang, Saari Sungib; dan Anggota Parlimen Kota Raja Siti Mariah Mahmud, dilapor berkata mereka adalah sebahagian daripada GHB yang diuar-uar akan menggantikan PAS dalam Pakatan Pembangkang.

Bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu minggu lepas mengumumkan penubuhan GHB yang terdiri daripada pemimpin kanan PAS yang gagal dalam pemilihan parti bulan lepas.

GHB yang telah mengemukakan permohonan pendaftaran sebagai sebuah parti politik, dilihat sebagai pengganti PAS dalam gabungan pembangkang Pakatan Rakyat selepas DAP dan PAS memutuskan hubungan. Rakan kongsi ketiga dalam Pakatan Rakyat ialah PKR.

Mohd Khairuddin yang juga ADUN Paya Jaras berkata PAS Selangor menyerahkan sepenuhnya kepada PAS pusat berhubung tindakan yang bakal diambil terhadap wakil rakyat parti itu yang berpaling tadah.

Saari dan Hasnul masih lagi digantung keahlian PAS kerana melanggar perintah parti apabila menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor ketika krisis di negeri itu pada Oktober tahun lepas.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana