Eksklusif: Nik Faisal Dakwa Ia Bukan Akaun Najib Razak

Nik Faisal Ariff Bin Nik Othman Ariff Kamil menafikan akaun-akaun yang terdapat dalam suratnya kepada Ambank merupakan akaun peribadi Perdana Menteri Mohd Najib Tun Razak seperti yang didakwa oleh Wall Street Journal (WSJ) semalam.

MYKMU turut mencabar WSJ menunjukkan sebarang bukti bahawa Nik Faisal bertindak bagi pihak Najib Razak. Ini kerana berdasarkan surat yang disiarkan ia langsung tidak menyebut nama Najib Razak.

Malam tadi, Nik Faisal bercakap kepada sumber MYKMU memberitahu, bahawa akaun tersebut bukan sahaja tiada kena mengena dengan Najib Razak, malah ia juga tidak membabitkan sebarang urusniaga dengan 1 Malaysia Development Berhad.

Nik Faisal kelihatan kecewa dan marah kerana perniagaan beliau, SRC International, dilibatkan dalam “pergaduhan politik” Najib Razak – Tun Mahathir.

“Ini semua akaun saya dan SRC International. Tiada kena mengena dengan Perdana Menteri mahu pun 1MDB.”

Menurut Nik Faisal kepada sumber kami, beliau dan SRC International telah keluar dari 1MDB sejak 2012 lagi dan perniagaan mereka selepas itu adalah atas kepentingan perniagaan tersendiri.

Nik Faisal juga menyatakan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang membocorkan suratnya kepada Ambank dan akaunnya kepada umum.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana