Democratic Islamic Party (DIP) : Wadah Baharu G18 Sedang Diuruskan R.O.S?

Democratic Islamic Party, itulah nama untuk “wadah baharu, Islam yang lebih berakhlak” yang telah diwar-warkan oleh Mat Sabu dan G18 sebelum ini apabila tersungkur menyembah bumi pada muktamar Pas – 61 baru-baru ini.

Sumber memberitahu, G18 menggunakan platform Parti KITA, di mana mereka telah menyelesaikan beberapa isu yang berkaitan bagi memenuhi keperluan ROS. Jika diluluskan, selepas ini Parti Kita bakal dikenali sebagai Democratic Islamic Party atau singkatannya DIP.

Penulis difahamkan DIP akan dipimpin oleh Dato’ Dr. Siddiq Fadhil, Presiden (Wadah Pencerdasan Ummah Malaysia (WADAH)) semenjak tahun 2005 hingga kini. Muhammad Sabu pula bakal menjawat jawatan Timbalan Presiden, Democratic Islamic Party.

Untuk lain-lain senarai jawatankuasa, penulis menjangkakan ia bakal diisi oleh G18 termasuklah Salehuddin Ayub dan Mahfuz Omar, kecuali mereka berdua bertindak untuk menerima tawaran untuk menganggotai jawatankuasa PAS Pusat.

Sumber yang sama juga mengesahkan, DIP sedang berusaha untuk memujuk seorang agamawan “marhaein” di sebelah utara semenanjung untuk menyertai mereka. Manakala Phahrolrazi akan terus memimpin PASMA, sebagai strategi untuk bergerak dengan platform parti politik dan badan bukan kerajaan.

Melalui sumber lain pula, benarkah dakwaan bahawa wujudnya “deal” untuk “pengambilalihan” Parti Kita oleh G18 yang melibatkan RM140 ribu selaku “minyak pelincir”?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana