Dakwaan WSJ: Najib ucap terima kasih pada rakyat, Haron Din

SEMENYIH: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berterima kasih kepada rakyat yang tidak mempercayai dakwaan akhbar Wall Street Journal (WSJ) terhadapnya.

Beliau juga menyatakan penghargaannya kepada Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din yang meragui kesahihan laporan luar negara itu kononnya terdapat pengaliran wang dana 1MDB yang didakwa dimasukkan ke akaun persendirian beliau di Malaysia.

"Saya berterima kasih ramai juga yang kata tak percaya berita tersebut, termasuk Datuk Haron Din. Dia kata tak masuk akal nak saya lakukan perkara sebegitu," kata Najib dalam ucapannya di depan kira-kira 400 orang yang menghadiri majlis berbuka puasa di Masjid Bandar Rinching, Semenyih, pada Ahad.

Semalam Haron menyatakan rasa curiga beliau terhadap kebenaran laporan WSJ yang mengaitkan perdana menteri dengan pengaliran dana 1MDB ke dalam akaun peribadi individu didakwa Najib.

Haron juga berharap tuduhan yang dibuat ke atas Najib itu tidak benar.

Mengulas lanjut, Najib berkata tindakan memasukkan dana awam ke dalam akaun sendiri adalah sesuatu yang kurang cerdik, jika benar beliau ingin berbuat demikian.

"Kalau saya nak menyamun pun, takkkan saya menyamun bawa duit itu masuk akaun dalam Malaysia. Itupun saya kalau saya nak jadi seorang penyamun," katanya.

Jumaat lalu, WSJ memetik dokumen siasatan ke atas syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB) oleh pihak berkuasa Malaysia, yang menunjukkan berbilion ringgit dimasukkan ke dalam peribadi Najib pada 2013.

Najib menafikan dakwaan itu dan kini berdepan gesaan supaya mengundur diri bagi membolehkan siasatan telus dilakukan.

Sebuah pasukan khas yang disertai Peguam Negara, polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan WSJ.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana