Berkat ramadhan dan syawal... syukor kebenaran telah mula. Semoga terjawab segala kecelaruan sebelum ini.

BN sedia dedahkan bukti rakaman dengan syarat polis beri jaminan

PUTRAJAYA: Satu laporan polis telah dibuat berhubung salah laku pengendali laman web Sarawak Report (SR) dan penulisnya, Claire Rewcastle Brown.

Ia mendakwa SR serta penulis melakukan pemalsuan fakta berkaitan isu 1MDB, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, Datin Seri Rosmah Mansor, anak tiri Najib, Reza Aziz, Petrosaudi dan isu-isu lain yang berkait-rapat dengan 1MDB.”

Perkara itu didedahkan oleh Pengarah Strategik Komunikasi Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Rahman Dahlan dalam sidang akhbar di pejabatnya di Putrajaya pada Rabu.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan identiti pengadu yang membuat laporan berkenaan.

“Pengadu seorang bekas kakitangan Sarawak Report mengakui memiliki bukti kukuh termasuk rakaman video pengakuan menunjukkan wujudnya niat jahat oleh pihak-pihak berkepentingan untuk melunaskan sebuah misi yang bergelar, ‘Mission to criminalize Dato Seri Najib Tun Razak and 1MDB’.”

Beliau juga mendakwa mempunyai bukti kukuh mengenai dakwaan itu dan sedia mendedahkan bukti rakaman video pengakuan tetapi dengan syarat diberi jaminan penuh oleh polis.
Katanya, agenda utama laporan SR adalah untuk menjatuhkan nama baik dan maruah kerajaan dalam mentadbir-urus negara, di samping bertujuan memesongkan rakyat supaya membenci kerajaan.

“Video pengakuan juga mendedahkan beberapa nama pemimpin pembangkang yang didakwa bersengkokol dengan Clare Brown dan SR.

“Selain itu, satu salinan email yang didakwa telah ditulis oleh Claire Brown pada 1 Mac 2015 menyatakan, ‘Thanks! Yes it was quite a job!…. sitting up night after night cleverly ‘forging’ all those documents!!!!!’ juga didedah,” dakwanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana