Apa Kata - Phahrolrazi..... PRB tak guna permit parti sedia ada

ALOR SETAR: Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) menafikan akan menggunakan permit parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) untuk bergabung dengan DAP dan PKR bagi membentuk sebuah Pakatan Rakyat Baru (PRB).

Presidennya, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi berkata, buat sementara waktu ini PasMa hanya memikirkan bagaimana hendak mempercepatkan proses pendaftaran parti baru dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Sehubungan itu katanya, PasMa sedang mencari penaja bagi menaja parti baru tersebut.

"Peringkat yang berlaku sekarang ini ialah mesti ada satu jawatankuasa penaja, sekarang ini peringkat pertemuan.

"Kita mulakan dan sekarang ini ada pertemuan-pertemuan dengan semua pihak, dengan NGO-NGO lain menyokong pakatan rakyat dan satu prinsip dua sistem parti dalam negara kita dan juga dengan pimpinan perseorangan daripada kalangan PAS sendiri dan juga mengambil pandangan daripada pimpinan parti PKR, DAP dan sebagainya, " katanya kepada Antarapos dalam satu temubual eksklusif yang diadakan di sini.

Beliau dalam pada itu berkata, hasil pertemuan dengan beberapa penaja, ada di antara mereka yang memberikan respon baik terhadap usaha PasMa menggerakkan penubuhan sebuah parti baru itu.

"Jadi sebenarnya perjumpaan-perjumpaan ini dibuat dan itu hasil yang kita dapat daripada penubuhan PRB dan juga parti baru ini adalah agak positif dan dipandang terhadap sambutan yang agak menggalakkan ke arah itu," katanya.

Ditanya lebih lanjut berhubung proses mencari penaja baru tersebut, Phahrolrazi yang juga bekas Yang Dipertua Pas Kuala Kedah berkata, beliau menyerahkan kepada penaja dalam memberikan kata putus.

"Tentang cara penubuhan itu sebenarnya kita akan serah kepada jawatankuasa penaja untuk menentukan sama ada hendak mendaftar sebagai parti baru atau pun cuba mendapatkan satu jawatankuasa penaja untuk memutuskan," katanya.

Beliau dalam pada itu berkata, jika PasMa mahu menubuhkan sebuah parti baru, mungkin jalannya agak sukar untuk diluluskan dengan segera oleh ROS.

"Kalau tubuh parti baru sebenarnya lebih sukar daripada mengambilalih parti yang sedia ada," katanya.

"Kalau gunakan permit yang sedia ada, itu lebih mudah, maknanya kita hanya menyusun kepimpinan dan sebagainya," katanya.

Sehubungan dengan itu, katanya, tiada cara lain melainkan dengan menggunakan permit parti yang sedia ada namun masih menegaskan ianya bukan permit KITA.

Dalam perkembangan yang sama, Phahrolrazi turut memberikan contoh sejarah penubuhan PKR yang turut menggunakan parti lain bagi mempercepatkan pendaftaran sebuah parti baru.

"Kalau hendak ikutkan, PKR juga mengambilalih parti sedia ada, ia tidak mengambil masa yang begitu panjang, mungkin dalam dua tiga bulan kita boleh selesai urusan pengambilalihan itu," katanya.

Penubuhan sebuah parti baru dijangkakan akan diumumkan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri ini seperti yang ditegaskan oleh bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Susulan daripada perkembangan tersebut, PasMa mengubah nada dan kini menyokong kumpulan G-18 menubuhkan sebuah parti politik baru itu walaupun pada permulaannya PasMa beria-ria mahu mencari penaja.

Phahrolrazi berkata keputusan itu terpaksa dibuat memandangkan ramai pengikutnya kini menyokong G-18 berbanding pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana