Akaun Yang Dibeku Bukan Milik Najib - Peguam Negara

PETALING JAYA: Perintah pembekuan enam akaun bank membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak melibatkan akaun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perkara itu disahkan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail menerusi kenyataan pada Rabu.

"Perintah pembekuan yang dikeluarkan pada 6 Julai lalu tidak melibatkan mana-mana akaun yang dikatakan dipunyai oleh Perdana Menteri," katanya.

Pada Selasa Pasukan Petugas Khas mengesahkan mengenai pembekuan enam akaun bank pihak yang dipercayai terlibat dengan dakwaan penyaluran sejumlah besar dana ke akaun peribadi Najib.

Pada 4 Julai lalu, Gani mengumumkan penubuhan Pasukan Petugas Khas bagi menyiasat dakwaan terhadap Najib membabitkan dana 1MDB.

Pasukan itu turut dianggotai Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz; Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana