ADa Berani Ker.....Selangor perlu timbang untuk panggil PRN - penganalisis

SHAH ALAM: PKR Selangor perlu menimbang untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) jika mendapat sokongan padu DAP dan PAS bagi meyelesaikan kemelut yang dihadapi Pakatan Rakyat, tegas penganalisis politik, Profesor Dr. Ahmad Atory Hussain.

Malah kedudukan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai ADUN bebas dijangka akan menjadi penentu kepada imbangan kuasa di Selangor jika PRN benar-benar dibuat, katanya lagi.

"Kalau PAS-PKR sahaja memerintah, tidak cukup kerana PAS ada 15 kerusi dan PKR hanya 13 kerusi jadi ada 28 kerusi. PKR-PAS tidak boleh memerintah. BN ada 12, DAP 15 dan satu kerusi daripada Khalid Ibrahim (bebas). Jadi faktor Khalid Ibrahim sekarang", katanya ketika dihubungi Antarapos.

Ujarnya, kerajaan negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat kini berdepan dengan ketidaktentuan apabila Majlis Syura Ulamak PAS pada Jumaat bertindak memutuskan hubungan dengan DAP namun kekal komited dengan kerjasamanya bersama PKR.

DAP yang mengisytiharkan Pakatan rakyat sudah berkubur lebih awal sebelum ini meminta Menteri Besar Selangor, Azmin Ali membuat pilihan samada memilih DAP atau PAS untuk meneruskan kerjasama.

"Kalau DAP keluar (dari Pakatan Rakyat Selangor), PKR-PAS boleh meneruskan kerajaan berbaki 2 tahun lagi dengan syarat Khalid Ibrahim akan kembali semula ke PKR dan sokong. Kini dia ahli bebas," katanya.

Ia berdasarkan formasi 28-28-1 dimana PKR-PAS 28 kerusi, DAP-BN 28 kerusi dan 1 bebas.

Dalam perkembangan berkaitan, Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata keputusan Majlis Ulamak PAS itu sudah dijangka beliau.

Menyifatkan ia bukan perkara baru, Kit Siang berkata beliau sedikit pun tidak terkejut dengan tindakan sayap PAS berkenaan.

Oleh itu katanya, Azmin diminta untuk mengkaji semula kedudukan kerajaan negeri Selangor susulan perkembangan terbaru itu.

Azmin pada awal Jun lalu mengingatkan parti kompenan Pakatan Rakyat agar tidak mementingkan diri sendiri sehingga menjurus kepada merosakkan Pakatan Rakyat.

"Jangan kerana kepentingan peribadi kita, kita merosakkan PR, dan ini akan menghancurkan aspirasi rakyat.

"Ia satu pengkhianatan sekiranya amanah rakyat ini dikhianati.

"Kita harus ketepikan masalah ego peribadi dan meletakkan gagasan besar bagi kepentingan negara dan rakyat," kata Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL