Politik Melayu... mencari perpaduan bukan penggabungan

Pemimpin parti politik termasuk daripada UMNO dan PAS perlu segera mencari titik persefahaman antara mereka dalam usaha menyelesaikan masalah perpaduan dalam kalangan rakyat.
Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Senator Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, persefahaman antara pemimpin-pemimpin parti politik berupaya mengukuhkan semangat perpaduan di negara ini.

Beliau berkata, titik persamaan itu akan dapat dicapai dengan mengadakan pertemuan sesama pemimpin-pemimpin parti politik melalui pelbagai wadah seperti wacana isu perpaduan.

“Mereka akan dapat mencari persefahaman melalui pertemuan-pertemuan seperti ini (wacana) dan sebagainya.

“Isu perpaduan UMNO, PAS contohnya bukan hanya bercakap dalam kerangka bergabung semata-mata, namun perpaduan ini lebih besar ertinya daripada itu (bergabung).

“Perpaduan penting bagi menjamin soal kepentingan negara selain memastikan rakyat sentiasa hidup dalam keadaan aman dan damai,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menjadi panel Wacana Perpaduan Nasional bertemakan Mencari Titik Pertemuan Perpaduan Bersama di salah sebuah hotel di Kota Bharu pada Sabtu.

Turut menjadi panel pada wacana anjuran Majlis Profesor Negara (MPN) itu ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerak daripada Barisan Nasional (BN), Zawawi Othman.

Sementara itu, Nik Abduh berkata, penganjuran wacana perpaduan secara berterusan dengan melibatkan parti-parti politik disifatkan antara cara dan kaedah terbaik dalam usaha menyelesaikan masalah perpaduan rakyat.

Beliau berkata, wacana perpaduan seperti itu dengan melibatkan pemimpin-pemimpin parti politik daripada UMNO, PAS, PKR atau DAP perlu diadakan dalam usaha memulihkan kembali semangat perpaduan di negara ini.

“Wacana perpaduan ini perlu dipanjangkan kepada semua parti politik bukan hanya melibat PAS dan UMNO semata-semata.

“Perpaduan PAS dengan UMNO tidak berupaya menyelesaikan masalah perpaduan dalam negara. Ia perlu menyeluruh,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana