Mat Sabu ucap terima kasih terhadap amaran tubuh parti baru...Siapa Mat Sabu Diperlinya Tu

PETALING JAYA: Bekas timbalan presiden PAS Mohammad Sabu mengucapkan terima kasih kepada kepimpinan parti kerana mengingatkan beliau dan kumpulan progresif PAS lain supaya tidak menubuhkan parti politik baru.

“Kami mengalu-alukan sebarang nasihat, peringatan dan amaran terhadap menubuhkan parti baru di Malaysia daripada Mursyidul Am PAS, presiden, timbalan presiden, naib presiden, ketua pemuda dan semua ahli jawatankuasa,” kata Mohammad yang dikenali sebagai Mat Sabu.

Dalam kenyataan akhbar dalam Facebook semalam, beliau berkata semua nasihat, peringatan dan amaran itu akan diambil kira dan dibincang dengan teliti serta hati-hati sebelum langkah selanjutnya diambil.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak, daripada Mursyidul Am hingga ke akar umbi yang mengingatkan kami mengenai menubuhkan sebuah parti baru atau mengambil langkah lain untuk mempertahankan Islam dan umatnya serta Malaysia secara aman,” kata Mohammad.

Sebelum ini dilaporkan PAS tidak akan menghalang mana-mana ahlinya daripada keluar parti atau menubuhkan parti baru.

Bagaimanapun, Mursyidul Am Datuk Dr Haron Din mengingat mereka tidak akan dapat bertahan lama dalam politik jika mengambil keputusan keluar parti.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas rancangan kumpulan progresif – dikenali sebagai G18 – untuk menubuhkan sebuah parti baru bagi menggantikan PAS dalam Pakatan Rakyat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana