Anda Percaya PAS AKan Keluar Pakatan Rakyat...?

Dalam penelitian saya di peringkat akar umbi PAS, ramai ahli dan para penyokongnya mahu parti itu bertindak keluar dari Pakatan Haram. Malah beberapa penganalisis politik negara juga berpandangan yang serupa, menyatakan keperluan bagi PAS untuk keluar dari gabungan yang “merosakkan” dasar perjuangan parti itu sejak bergabung pada tahun 2008.

Malah bagi menguatkan pandangan dan kehendak tersebut, Penasihat DAP, Lim Kit Siang juga membayangkan bahawa Pakatan Haram akan berkubur dalam masa terdekat, bergantung kepada keputusan pemilihan pucuk pimpinan PAS pada muktamar kali ini.

Ekoran dari itu, tercetus spekulasi mengatakan hubungan PAS dengan Pakatan Haram akan berkubur selepas muktamar berakhir. Ramai yang positif mengatakan spekulasi itu akan menjadi benar dan PAS akan keluar dari gabungan parti pembangkang itu.

Tapi pada pandangan saya, PAS tidak akan keluar dari Pakatan Haram sama ada ketika muktamar berlangsung ataupun selepas muktamar parti itu berakhir. Saya lebih positif mengatakan bahawa PAS akan kekal di dalam gabungan pakatan yang tidak sepakat itu.

Pada saya, PAS sebetulnya “selesa” berada di dalam Pakatan Haram. Mungkin sejak memisahkan diri dari UMNO sejak puluhan tahun di zaman awal merdeka dulu, PAS bercita-cita meniru UMNO yang mengetuai parti Perikatan dan kini Barisan Nasional (BN).

Mungkin kini mereka sedar bahawa hanya dengan bergabung dengan parti-parti lain maka barulah mereka akan berjaya mendapat kuasa politik. Dan kini, mereka sudah mempunyai “geng” sendiri bersama DAP dan PKR. Maknanya, satu cita-cita PAS untuk menjadi seperti UMNO sudah tercapai.

Cuma yang menjadi masalahnya kini ialah PAS masih gagal menjadi parti dominan di dalam gabungan tersebut. Lebih memeritkan, parti paling “kokak” sekali, PKR, dinobat menjadi Ketua Pembangkang, sekaligus membayangkan parti yang diketuai Wan Azizah itu sebagai paling dominan.

Perit sekali apabila seorang pemimpin wanita yang dilabel PAS sebagai lemah, tidak layak dan mempunyai pelbagai kekurangan diangkat menjadi ketua bagi mewakili ketiga-tiga parti pembangkang itu.

Manakala DAP pula juga dilihat lebih dominan berbanding PAS, bukan? Buktinya, meskipun DAP bertali arus menghentam, menghina dan mengutuk PAS, serta secara terang-terangan memutuskan hubungan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi, mereka langsung tidak dimarahi PKR, kan?

Ianya seolah-olah PKR bersetuju dengan serangan DAP terhadap PAS. Paling kuat pun, Azmin Ali adalah sekali dua bersuara menasihatkan supaya PAS dan DAP melakukan “genjatan senjata”. Tapi yang jelas, tidak pula PKR tegur supaya DAP tidak melampau membalun PAS setiap hari, kan?

Itulah kelemahan yang PAS perlu atasi. PAS perlu menjadi parti dominan di dalam Pakatan Haram seperti UMNO yang menjadi parti tunjang BN. Soalnya, mampukah PAS?

Pada pandangan saya, PAS akan terus kekal tegar di dalam Pakatan Haram. Sekiranya DAP tidak suka padanya, itu PAS tidak peduli. Pendiriannya, jika tidak suka pada PAS, maka DAP boleh keluar dari Pakatan Haram.

Dalam kepala otak PAS, jika DAP keluar dari gabungan itu, maka mungkin mereka akan berpeluang untuk menjadi parti dominan di dalam Pakatan Haram. Setakat PKR yang kini dipimpin seorang wanita yang lemah dan Anwar Ibrahim yang kini di dalam penjara, PAS mungkin merasakan mereka boleh “makan” parti itu, bukan?

Jadi, pada pandangan saya, kerana itulah PAS mahu terus bersama Pakatan Haram. Dengan harapan, mereka akan berjaya memaksa DAP keluar dari gabungan tersebut atau bersetuju dengan hudud yang mereka bentang di Parlimen nanti. Mungkin itu harapan PAS walaupun mustahil.

Lagipun, Pakatan Haram sememangnya sebuah pakatan yang haram di mana ia tidak sah dari sudut perundangan ekoran tidak berdaftar. Malah lebih teruk, pakatan itu tiada sebarang perjanjian atau perlembagaan bertulis sebagai panduan gabungan bagi ketiga-tiga parti.

Jadi, untuk apa mereka keluar sedangkan sesiapa saja bebas untuk masuk atau keluar dari gabungan haram tersebut, bukan?

Maka disebabkan itulah saya berpandangan bahawa PAS aka tetap bersama Pakatan Haram. Dihina, disindir, dihentam, dipijak maruah, dibalun, dicaci, dimaki dan buatlah apa saja pada PAS, parti itu tidak akan keluar dari gabungan yang tidak sah itu. Tidak menjadi kudis pun bagi mereka dihamun begitu, kan?

Justeru itu, saya menyarankan supaya janganlah terlalu berharap PAS akan berpisah dari DAP atau PKR pada muktamar mereka kali ini. Kalau bercakaran di media itu, semuanya hanyalah “wayang opera” semata-mata. PAS tetap PAS, sebuah parti politik yang penuh sandiwara…

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana