Wanita dakwa diugut rogol ketika dalam tahanan polis....Leh Percaya Ker?
KUALA LUMPUR: Wanita yang ditahan kerana terlibat dalam himpunan Hari Pekerja di Kuala Lumpur awal bulan ini mendakwa diugut akan dirogol oleh seorang anggota polis semasa dalam tahanan, sebelum dibebaskan Selasa lalu.
Maisara Amira, 21, merupakan satu-satunya wanita yang ditahan reman 4 hari bersama 22 belia lain berkata ugutan itu diterimanya ketika memberi keterangan di balai Polis Dang Wangi.
Sehubungan itu, Maisara ditemani peguam dan bapanya tampil membuat laporan polis.
Peguam yang mewakilinya, Nik Zarith Nik Moustpha berkata akibat ugutan itu Maisara kini dalam keadaan taruma.
"Dia menerima ancaman rogol dari salah seorang pegawai polis apabila dia diminta memberi keterangan ketika dalam tahanan; dia diugut demikian sekiranya tidak mahu bekerjasama," katanya dipetik portal Malaysian Insider.
"Ia terjadi pada jam antara 11.30 pagi dan 1.30 tengahari, semasa disoal oleh seorang pegawai polis.
"Ketika disoal itu, dia memilih untuk berdiam diri dan pegawai itu cuba mendapatkan maklumat daripadanya... pegawai polis itu menyebut kata-kata itu," katanya, sambil menambah, pada mulanya seorang pegawai polis wanita mengiringi Maisara semasa sesi itu tetapi dia kemudiannya diminta meninggalkan mereka.
"Dia (Maisara) tidak tahu nama pegawai (polis lelaki) itu, dia tidak memakai uniform," katanya.
Nik Zarith berkata pihaknya mahu siasatan dilakukan kerana ia melibatkan maruah seorang wanita.
"Ini satu perkara yang sangat serius kerana ia melibatkan maruah seorang wanita dan ia berlaku ketika dalam tahanan polis.
"Kami mahu polis melakukan siasatan, dan kami tidak mahu pasukan yang sama melakukannya kerana ia melibatkan ugutan jenayah oleh seorang pegawai terhadap seorang tahanan," kata Nik Zarith.
Kesemua 23 belia itu dibebaskan dengan jaminan polis pada Selasa selepas keterangan mereka diambil.
Mereka disiasat mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4 Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan.

Comments