WAN AZIZAH GOYANG KAKI : AZMIN JAGA KAJANG, LGE JAGA PERMATANG PAUH

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyatakan komitmen beliau untuk menjaga Parlimen Permatang Pauh sekiranya Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berjaya memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) pada 7 Mei ini.

Kata Guan Eng, seperti rakan sejawatnya di Selangor, Mohamed Azmin Ali yang sebelum ini berkata akan menjaga DUN Kajang, beliau juga bersedia untuk membantu Dr. Wan Azizah atau lebih mesra dengan panggilan Kak Wan di Permatang Pauh.

“Nak naik kapal terbang pun kena satu jam, mana nak jaga (dan) itu satu soalan kita kena jawab.

“Tentang Kajang di Selangor saudara saya Azmin Ali sendiri mengatakan dia akan jaga Kajang.

“Kalau Azmin kata nak jaga Kajang, kalau Kak Wan menang Permatang Pauh, saya juga akan jaga Permatang Pauh untuk Kak Wan,” katanya ketika berkempen di Padang Taman Guar Perahu di sini.

Dr. Wan Azizah sebelum ini memberitahu kedudukannya sebagai Presiden PKR membolehkan beliau mengarahkan Azmin yang juga merupakan Timbalan Presiden parti itu untuk menjaga kawasan DUNnya di Kajang.

Sementara itu, Azmin ketika ditemui pemberita di majlis yang sama berpuas hati dengan prestasi Dr. Wan Azizah sebagai ADUN Kajang.

ADUN Bukit Antarabangsa itu juga mengulangi pendirian sebagai Menteri Besar Selangor, beliau akan menjaga Kajang dan bertanggungjawab memastikan pembangunan berjalan dengan baik.

“Saya berpuas hati dengan prestasi Kak Wan, walaupun baru sudah banyak masalah berjaya diselesaikan seperti isu sampah dan kesesakan lalu lintas.

“Ini menunjukkan beliau ada keupayaan dan kebolehan untuk mentadbir sebagai ADUN,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana