Ustaz Kazim Elias : Jangan Undi Calon Tolak Hudud...Habis Lah Jijah Kali Ini...

 PERMATANG PAUH 5 Mei - Penceramah agama terkenal, Datuk Mohamad Kazim Elias mengingatkan para pengundi di sini agar lebih berhati-hati dengan calon PKR yang menolak pelaksanaan hukum hudud.

Beliau berkata, pengundi Islam khasnya perlu melihat kesan terhadap kemenangan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang sudah pasti akan mengurangkan undi sokongan terhadap usul pindaan Undang-Undang Jenayah Syariah yang bakal dibentang di Dewan Rakyat kelak.

"Undang-undang hudud memerlukan banyak benda termasuklah kekuatan.

"Kekuatan apa? Kekuatan perpaduan.

"Kalau dibawa di Parlimen, dia (hudud) memerlukan kekuatan tetapi kalau ahli Parlimen tak menyokong hudud walau dia Melayu sekali pun macam mana undang-undang itu hendak menang?

"Sebab itu di Parlimen Permatang Pauh ini sekali pun - ini Parlimen - dia kena tengok ahli Parlimen itu boleh angkat tangan sokong hudud atau tidak.

"Kalau terang-terang dia kata kami tak sokong, maknanya dia dah menolak hudud.

"Berhati-hati tuan-tuan sebab Allah kata dalam Al-Quran (membaca sepotong ayat Al-Quran), orang yang menolak hudud ini adalah zalim.

"Allah kata dia akan cenderung kepada orang yang zalim," katanya sewaktu berucap dalam program Ceramah Perdana di Sekolah Menegah Kebangsaan Permatang Pasir, Permatang Pauh malam tadi.

Kazim dalam ceramah sama turut menyindir secara halus perbezaan pendapat dalam Pakatan Rakyat (PR) tentang pelaksanaan hudud.

"Dulu depa kata UMNO tak sokong.

"La ni UMNO angkat tangan UMNO juga yang sokong.

"Nak kata apa? Orang yang depa kutuk dulu pula sokong sedangkan yang geng sendiri pula tak sokong," katanya tanpa merujuk secara langsung kepada DAP, PKR atau PAS dalam ucapannya.

PKR dan DAP dalam kenyataan rasmi sebelum ini secara rasmi menolak pindaan undang-undang syariah yang bakal dibentangkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul HadI Awang.

Dengan hanya memerlukan majoriti mudah, pindaan Undang-Undang Syariah ini dijangka bakal mendapat sokongan dari Ahli Parlimen PAS dan UMNO.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana