Usahlah Heret Siti Hasmah Dalam Mainan Politik Ini?

KUALA LUMPUR, 18 Mei – Dalam keterujaan Mahathir menyemai benih kebencian terhadap Perdana Menteri kita, isteri beliau Siti Hasmah dilihat turut terlibat dalam gerakan tersebut.

Tindakan ini akhirnya akan memakan diri mereka sendiri terutama dalam perkara yang melibatkan personaliti dan peribadi yang sepatutnya tidak disentuh atas dasar saling menghormati.

Namun kesabaran semua pihak ada batasannya. Sikap melampau Mahathir dan Siti Hasmah dalam menghasut dan mempersendakan Datuk Seri Najib mengundang simpati rakyat terhadap Perdana Menteri kita.

Kunjungan Mahathir dan Siti Hasmah ke Tanah Suci untuk mengerjakan ibadah Umrah baru-baru ini bukan lagi rahsia. Para penyokong Mahathir cuba mempergunakan isu ini untuk mengambarkan seolah-olah Mahathir dan Siti Hasmah ini merupakan insan “baik”, “suci” dan “mulia”.

Namun sebaik sahaja suami isteri ini pulang dari mengerjakan Umrah, mereka telah melancarkan serangan “membabi-buta” pula terhadap Datuk Seri Najib.

Umum amat maklum bahawa Mahathir telah mengeluarkan kenyataan palsu apabila mengumumkan bahawa Yang Dipertua Dewan Rakyat iaitu Tan Sri Pandikar Amin Mulia telah meletakkan jawatan. Kenyataan ini telah dinafikan oleh Speaker Dewan Rakyat kita.

Selain daripada itu juga, Siti Hasmah dilihat turut sama cuba “memperlekehkan” dan “memfitnah” Datuk Seri Najib secara halus. Beliau kononnya menceritakan sewaktu berada depan Kaabah, mengambil kesempatan untuk berdoa untuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Baca Lagi Kat SINI SECARA DETAIL

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana