Ulama VS Anwarinas dalam rebutan jawatan utama PAS...Sudah jelas Anwarinas Mahu Ambil alih

Meneliti senarai yang bertanding pada muktamar tahunan PAS ke-61 yang akan diadakan Jun ini jelas menyaksikan pertembungan antara kumpulan yakni ulama dengan Anwarinas – kumpulan dalam PAS tetapi dikatakan kiblat mereka lebih kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pada pemilihan itu, jawatan Presiden buat pertama kali dicabar sejak 12 tahun apabila , Datuk Seri Abdul Hadi Awang ditentang Datuk Ahmad Awang.

Pertandingan dua penjuru juga bagi jawatan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu selaku penyandang yang bakal dicabar Naib Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang dikatakan layak bertanding untuk jawatan itu hanya akan bertanding bagi jawatan naib presiden.

Selain beliau, jawatan itu menyaksikan lima pencalonan lain termasuk dua penyandang, Datuk Husam Musa dan Salahuddin Ayub serta pencabar mereka iaitu Idris Ahmad, Datuk Iskandar Abdul Samad, Datuk Mahfuz Omar.

Jawatan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat pula menyaksikan 55 calon bertanding untuk mengisi 24 kerusi.

Pengesahan pertandingan itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Asmuni Awi pada sidang medianya di Pejabat Agung PAS, Rabu.

Jawatan Ketua Dewan Pemuda PAS pula menyaksikan pertandingan antara penyandang, Suhaizan Kaiat dan Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas.

Bagi jawatan timbalannya pula, dua pencalonan diterima iaitu Muhammad Khalil Abdul Hadi dan Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob.

Muslimat PAS turut menyaksikan pertembungan satu lawan satu bagi jawatan utamanya. Siti Zailah Mohd Yusoff dan Nuridah Salleh akan bersaing untuk jawatan ketua manakala Dr Siti Mariah Mahmud dan Dr Rosni Adam bertanding untuk jawatan timbalan ketua.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL