TH tidak guna duit pencarum beli tanah, isu diputar belit - Najib


KOTA BELUD: Isu pembelian sebidang tanah oleh Tabung Haji daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sengaja diputar-belit dan wajar dihentikan, demikian tegas Datuk Seri Najib Razak.

Menurut Perdana Menteri itu lagi, rakyat seolah-olah percaya bahawa Tabung Haji telah menggunakan wang pendeposit untuk menyelamatkan 1MDB daripada masalah kewangan.

"Kita tidak mahu kontroversi ini dipanjangkan kerana ia akan mengambil banyak tenaga kami dari segi memberi tumpuan terhadap beberapa daripada program-program besar yang kami cadang untuk laksanakan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kota Belud di sini.

Najib berkata demikian sebagai mengulas pengumuman Tabung Haji bahawa ia akan menjual semula tanah yang dibeli daripada 1MDB.

Beliau dalam pada itu memberitahu langkah menjual tanah itu kepada sektor swasta adalah urusan komersial yang baik, yang membolehkan Tabung Haji mengaut untung beberapa juta ringgit dalam tempoh singkat.

"Jadi, ia bukan langkah untuk menyelamatkan (1MDB). Tiada syarikat akan membeli sesuatu projek jika syarikat itu akan rugi," katanya.

Semalam, Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, berkata Tabung Haji mengambil keputusan untuk menjual semula tanah seluas 0.66 hektar bernilai RM188.5 juta di pusat kewangan Tun Razak Exchange (TRX) di Kuala Lumpur, selepas menerima tawaran daripada beberapa pembeli yang berminat.

Tabung Haji (TH) sebelum ini mengumumkan ia akan menjual  tanah yang dibeli daripada 1MDB dalam tempoh beberapa minggu dan menjangka memperolehi keuntungan RM5 juta daripada transaksi itu.

TH menegaskan keputusan membeli tanah itu adalah tindakan komersil yang dijangka membawa keuntungan  pada kadar sembilan peratus setahun.

Namun TH akhirnya memutuskan untuk menjual tanah berkenaan setelah mengambil kira sentimen pencarum, kata pengerusinya Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL