‘Saya Terhutang Budi Pada Sabah’, Kata Najib...Orang Berbudi Kita Perlu Lah Balasnya Dengan Baik

“Saya terhutang budi pada Sabah,” kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Saya pernah kata Sabah adalah ‘simpanan tetap’ Barisan Nasional (BN). Bagi saya, Sabah tetap simpanan tetap BN,” kata perdana menteri ketika melancarkan Projek Perumahan Rakyat Kota Belud, Ahad.

Beliau berkata Sabah mempunyai potensi besar dan BN mesti memastikan Sabah mendapat pembangunan yang seimbang sebagai menghargai jasa rakyat Sabah kepada BN.

Najib berkata sejak menjawat jawatan perdana menteri enam tahun lalu, beliau meluluskan banyak peruntukan dan projek besar negeri ini kerana beliau benar-benar mahu melihat landskap Sabah terus berubah.

“Saya akan banyak datang melawat Sabah lagi khususnya di kawasan luar bandar. Rakyat di luar bandar cukup setia kepada UMNO dan BN. Sudah pasti kerajaan BN yang mereka (penduduk luar bandar) sokong ini akan terus bela mereka,” katanya.

Najib kagum dengan kebolehan pemimpin yang dipilih daripada kalangan masyarakat Sabah.

“Ada orang nak ‘cairkan’ ‘simpanan tetap’ BN. Tetapi kita ada banyak ‘panglima’ (pemimpin-pemimpin dari Sabah) yang berani, tetap pendirian dan tidak goyah,” katanya.

Beliau memuji, antaranya, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman yang mempunyai semangat luar biasa dalam membangkitkan kemahuan rakyat di negeri ini; Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan, yang berupaya berpidato secara intelek; dan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Seri Salleh Tun Said, yang mempunyai pemikiran tajam dan berani menyuarakan pendapat.

Najib juga melahirkan kekaguman terhadap Tan Sri Pandikar Amin Mulia sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana