Satu lagi wayang murahan Pakatan haram Pembangkang.

Semasa program 'Bicara Harakah', Abdul Hadi Presiden PAS berkata idea kerajaan perpaduan diketengahkan selepas krisis di Perak. Di antara kenyataan Abdul Hadi yang dilaporkan oleh portal :
"Biasanya sejarah dahulu tidak berulang benda yang sama. Jadi kita kemukakan idea kerajaan perpaduan. Ini dipersetujui bersama pertemuan antara saya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Musyidul am (Datuk Nik Aziz Nik Mat). Dan kita bersetuju ketengahkan perkara ini.
"DAP pun bersetuju. Tapi malangnya perkara itu terbantut kerana BN tidak dapat menerimanya. Itu ceritanya. seterusnya

Hari ini, PKR buat U-turn menafikan kenyataan Presiden PAS. Malah sebelum ini, Lim Guan Eng DAP pula mendakwa bahawa 'DAP tidak tahu apa-apa tentang sebarang Kerajaan Perpaduan Pakatan Rakyat dengan Umno pada tahun 2009'.

Jika PKR dan DAP menafikan perkara ini, apakah ini bermakna Abdul Hadi, Presiden PAS telah menipu dan menabur fitnah?

Sanggupkah seorang bertaraf Presiden parti ini membohongi rakyat dan penyokong-penyokong PAS?

Atau PKR dan DAP yang menipu rakyat serta sengaja mahu menjatuhkan lagi maruah Presiden PAS?

Tambahan pula, maruah Presiden PAS sudah dihina dan diburuk-burukkan dengan teruknya oleh DAP. Pelbagai penghinaan telah dilontarkan kepada Abdul Hadi Awang oleh DAP tetapi hanya mampu dilihat sahaja oleh keseluruhan kepimpinan PAS.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana