#PRKPermatangPauh : PKR Bertindak Ganas...

PERMATANG PAUH 7 Mei - Satu insiden tumbuk menumbuk tercetus di antara sekumpulan penyokong Barisan Nasional (BN) dan PKR berhampiran SMK Guar Perahu di Permatang Pauh sekitar 11.15 pagi ini.

Insiden tersebut berlaku di tengah-tengah jalan raya apabila beberapa penyokong dari kedua-dua parti bergelut dan bertukar-tukar tumbukan di atas jalan raya yang memisahkan kawasan mereka berkumpul.
Pergaduhan meletus selepas kedua-dua kumpulan mula saling mengejek terhadap satu sama lain sejak 9.30 pagi.

Kumpulan tersebut disuraikan apabila Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya menyusup masuk ke tengah pergelutan dan meleraikan kumpulan yang berasak.

Insiden bermula apabila penyokong kedua-dua kumpulan tidak berpuas hati terhadap satu sama lain.

Penyokong BN yang berada di situ hadir memakai kemeja T bertulisan 'Mie Anak Muda Anak Tempatan Ada di Kawasan".
Sebilangan penyokong PKR bersorak-sorak ke arah kumpulan tersebut dan menayangkan beberapa keping wang kertas ke udara ke arah penyokong BN.
Dalam pada itu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin hari ini turut memuatnaik status di laman sosial Twitternya yang mengecam tindakan penyokong PKR membuat provokasi pada proses pengundian pagi tadi.


Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana