PRK Rompin: Untuk Apa Pas Menang Jika Rakyat Sekadar Tengok Wakil Rakyat Sahaja

ROMPIN, 1 Mei – Ahli Dewan Undangan Negeri Kok Lanas, Datuk Alwi Che Mat berkata untuk apa Pas melatakkan calonnya pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Rompin kerana ianya tidak akan mengubah apa-apa.

Malah ujar beliau sekiranya calon Pas terpilih yang akan rugi adalah masyarakat di kawasan itu sendiri kerana hari ini kerajaan pusat dan juga kerajaan negeri kedua-duanya diterajui oleh Barisan Nasional (BN).

KB12_180315_HUDUD

“Yang lebih penting bagi saya bukan soal isu yang disebut…yang lebih penting adalah untuk apa Pas bertanding di sini? Untuk apa…apa yang mereka boleh buat kepada peneroka..bantu peneroka..calon mereka kalau terpilih apa boleh buat.

“Dia boleh gajilah RM16,000 sebulan sebagai Ahli Parlimen. Boleh dapat itu sahajalah. Rakyat dapat apa…rakyat dapat tengok beliau menjadi wakil rakyat sahaja. Nak mengadu hal tak boleh…nak merujuk pun tak boleh…kerana nak marah, undi orang lain… Itu tidak betul.

“Tetapi kalau ambil dan pilih BN, kerajaan pusat adalah kerajaan BN, kerajaan negeri juga diterjui BN. Untuk waktu dan ketika ini, Datuk Hasan Arifin adalah yang terbaik. Dia boleh membantu, kalau peneroka ada masalah dia boleh bantu. Dia orang tempatan.

“Contoh dah ada. Parlimen Temerloh apa yang boleh Ahli Parlimennya buat berbanding Datuk Seri Ismail Sabri untuk orang Bera. Pengundi kena fikir soal pengundi bukannya soal nasional. Ini bukan pilihan raya umum, ini PRK Rompin…kena fikir soal Rompin,” katanya kepada UMNO-Online.

Beliau seterusnya mempersoalkan apakah Pas mampu membela rakyat di Parlimen Rompin dan sewajarnyalah pengundi membuat keputusan berdasarkan fakta semasa dan bukannya merangkum semua isu baik diperingkat nasional dan sebagainya ketika membuat pilihan pada hari mengundi nanti.

“Pas ini kalau kata mahu menghormati demokrasi tak boleh…dia nak menang…menang untuk apa…nak bela rakyat…bolehkah dia bela untuk rakyat…sama seperti kahwin untuk apa…dapat anak. Kalau seseorang itu dah tahu kalau kahwin tak dapat anak buat apa kahwin. Kenapa diwajibkan kahwin…untuk menambah zuriat.

“Samalah dalam situasi di sini. Sebabnya kerajaan di sini apa pun keputusannyanya kerajaan negeri tidak bertukar…pusat pun tak bertukar. Kerusi kita kekal untuk bawa legasi yang telah dibawa oleh Allahyarham Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis.

“Jadi sebenarnya mereka bertanding ini semata-mata untuk memenuhi kehendak bertanding. Tidak mahu orang kata. Jadi saya harap pengundi di sini fahamlah. Pengundi mestilah mengundi berdasarkan fakta semasa,” ujarnya.

Beliau turut mengulas berhubung Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang dimanipulasi oleh pihak pembangkang.

“GST ini bukannya cukai baru. Ganti yang lama… itu sahaja. Ada kesannya tetapi kesannya itu tidak boleh dilihat serentak. Contohnya kahwin juga. Orang kahwin tidak boleh tengok selepas esoknya. Hari ini kahwin esok ada masalah…sapa nak cuci pingan, periuk belanga, pinggan pecah…orang datang bawa sampul sahaja tidak letakkan duit, tetapi bilakah nikmat kenduri kahwin…iaitu selepas 9 bulan bila dapat anak…cucu. itulah nikmatnya.

“Dalam proses kenduri kendara nak melahirkan seseorang manusia itu prosesnya satu kampung terlibat. Ini bawa gula…yang ini bawa beras…susah satu kampung, kerana apa…kerana mamat dengan minah nak kahwin. Satu kampung susah kalau kita tengok dari segi kesusahan. Kalau kita tengok dari segi amalannya, esok anak kita kahwin akan ada orang tolong pulak. Proses kehidupan sememangnya begitu.

“GST adalah sebahagian daripada proses pentadbiran negara. Kalau lebih 100 negara ambil takkanlah buruk sangat…kalau tak bagus bodoh sangatlah negara tersebut. Yang terkumpul itu saya yakin dalam Bajet nanti akan ada beberapa perkara yang dikembalikan kepada rakyat.

“Saya yakin, Datuk Seri Najib bukan nak beli baju baru dia..Rosmah pun bukannya nak beli gincu dia dengan duit itu. Takkan itu pun masuk akal. Hasil negara bertambah baik..sistem percukaian bertambah baik. Cuma kalau ada masalah…masalah ini sedang di selesaikanlah . Saya nak cadang kepada kerajaan cepat ambil tindakan gunakan Akta pencatutan . Ini lebih bahaya daripada IS..ini bunuh ekonomi,” katanya. – MediaUMNO

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana