PRK Permatang Pauh: Rekod turun padang lemah Anwar - Wan Azizah membebankan PKR

PERMATANG PAUH: Rekod perkhidmatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tetap menjadi rungutan utama pengundi di Permatang Pauh menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) parlimen itu, Khamis depan.

Tinjauan rambang Antarapos mendapati pengundi kesal dengan kedua-dua pemimpin PKR itu yang jarang turun padang atau mengambil berat kebajikan mereka selama 17 tahun kerusi Permatang Pauh beralih kepada PKR.

Wan Azizah pernah menjadi Ahli Parlimen Permatang Pauh pada 1999 kemudiannya meletak jawatan untuk memberi laluan kepada Anwar pada 2008.

Kini Presiden PKR itu cuba mempertahankan Permatang Pauh susulan keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan hukuman penjara lima tahun ke atas Anwar kerana kesalahan meliwat.

Rata-rata penduduk di sana yang ditemui bertekad untuk tidak lagi bingkas memberikan undi kepada Wan Azizah.

"Sewaktu Anwar dan Wan Azizah menjadi wakil rakyat Permatang Pauh, kita tak nampak sebarang pembangunan di sini. Mereka hanya datang untuk beri bantuan kecil-kecilan. Tiada pembangunann yang besar.

"Sejak mereka berdua menjadi Ahli Parlimen Permatang Pauh, kami memang rasa kecewa. Sudahlah tiada pembangunan, nak lihat mereka pun sukar," rungut Ahmad Tajudin Ishak ketika ditemui Antarapos, baru-baru ini.

Ahmad berkata ramai masyarakat setempat mengadu betapa sukarnya melihat kelibat Ketua Umum PKR it, apatah lagi meminta bantuan daripadanya.

Akibat kesukaran bertemu dengan wakil rakyat masing-masing, ada di kalangan masyarakat Permatang Pauh terpaksa mendapatkan bantuan daripada Umno-Barisan Nasional (BN).

Menurut Wan Badariah, tidak juga mengejutkan apabila yang datang meminta bantuan daripada Umno-BN itu adalah daripada mereka yang menyokong Anwar dan PKR untuk menang di kawasan tersebut.

"Mereka akan datang ke bangunan Umno (minta bantuan). Ada saja orang PKR datang ke sini nak minta bantuan-bantuan seperti kebakaran dan sebagainya. Kita tahu mereka bukan orang kita (penyokong umno). Tapi kita bantu sajalah orang PKR, walaupun kadangkala sekali pandang macam penyokong Umno. Tetapi kerana mereka orang Melayu yang susah, ibu tunggal kita beri juga sokongan. Mana tahu hati mereka akan berubah untuk sokong kita semula," kata pesara yang berumur 62 tahun itu.

Keadaan itu, tambah Wan Badariah disebabkan Anwar dan Wan Azizah gemar menabur janji bahawa kedua-dua mereka akan berbakti kepasa masyarakat Permatang Pauh.

"Orang-orang PKR ni masih menyokong Anwar walaupun Wan Azizah sebelum ni pernah jadi wakil rakyat.

"Penyokong Anwar tak kira berapa kali beliau bertanding, asalkan berkaitan dengan Anwar. Mereka semua taksub dengan Anwar. Beliau pun pandai main politik dengan orang kampung. beliau akan pegang, tepuk, gosok orang kampung yang dia jumpa," ujarnya lagi.

Abdul Majid, yang juga merupakan seorang pesara turut senada dengan Wan Badariah apabila mendakwa kedua-dua pemimpin PKR itu hanya muncul ketika mahu menagih undi dan sokongan rakyat ketika pilihan raya dan ceramah-ceramah politik.

"Anwar hilang terus...datang waktu pilian raya, tabur janji macam-macam, lepas itu hilang. Sama juga dengan Wan Azizah. Jika mereka menang lagi, matilah kami. Sebab tiada tempat nak minta tolong dan mengadu.

"Pada saya mereka kena beri peluang kepada Umno. Jika umno tetap tidak boleh buat, ambil semula (kerusi Permatang Pauh). Berilah sementara sebab kerajaan pusat pun nak bantu. Biarlah BN pegang dahulu, kemudian jika gagal, tunggu pilihan raya  depan dan ambil semula," katanya kepada Antarapos.

PRK Permatang Pauh menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Suhaimi Sabudin (BN), Azman Shah Othman (Parti Rakyat Malaysia) dan Salleh Isahak (Bebas).

PRK Permatang Pauh diadakan berikutan keputusan Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon Ahli Parlimen kawasan itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui anggota keluarganya, sekali gus menyebabkan Anwar hilang kelayakan sebagai wakil rakyat.

Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun bagi sabitan meliwat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana