PM tetap tidak goyang pasal 1MDB...Berani Kerana Benar Takut Kerana Salah

Lojiknya Datuk Seri Najib Tun Razak tidak mungkin mampu berdiri tegak di depan khalayak ramai kalau betul RM42 billion wang negara lesap gara-gara 1MDB.
Kata orang cangkul gunung pun tidak mungkin akan dapat timbus kerugian sebesar RM42 billion.

Atas sebab itu Perdana Menteri yang berdepan segala macam tuduhan mengenai isu 1MDB nampak terus konfiden.

Selain di beberapa sesi pertemuan dengan pimpinan UMNO pelbagai peringkat kebelakangan ini,beliau tetap tidak goyang ketika bercakap mengenai 1MDB di depan dengan para veteran UMNO di majlis Sepetang Bersama Perdana Menteri di PWTC petang Isnin.

Beliau sendiri hairan bagaimana RM42 billion boleh didakwa lesap.

Sedangkan katanya pihak audit tidak akan tandatangan akaun yang mereka audit jika RM 1 juta lesap.

Beliau merujuk kepada audit yang telah dibuat oleh firma audit antarabangsa Deloitte & Co keatas akaun 1MDB sebelum ini.

Kini pihak Ketua Audit Negara sedang membuat audit sendiri keatasnya sebelum diserahkan kepada pihak Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara di Parlimen.

Perdana Menteri berkata beliau optimis isu 1MDB mampu diselesaikan menggunakan formula yang bersesuaian.

"(Sekiranya) ada masalah kita betulkan, kita runding bersama secara muafakat untuk cari jalan penyelesaian. Saya yakin tak ada benda tak boleh diselesaikan kerana ada formulanya (tersendiri), termasuk 1MDB pun ada formulanya," katanya.

Mengambil contoh pembelian sebidang tanah tanah di Tun Razak Exchange (TRX) oleh Lembaga Tabung Haji (TH) baru-baru ini,beliau oleh kerana politik perkara yang baik jadi tidak baik.

"TH punya pembelian, baik jadi tak baik. Dipusingkan cerita kononnya duit pendeposit beli...melentinglah orang dibawah bila hanya dengar di hujung telinga dan belum tahu fakta sebenar.

"Tapi bila dah tahu, tepuk dahi, cakap TH (cadang jual semula tanah itu) patut kekalkan, sebab boleh untung RM180 juta lebih," katanya.

Untuk mengambarkan bahawa TH tetap mantap,beliau memberitahu subsidi Haji sebanyak RM120 juta pada tahun ini diteruskan seperti biasa.

Najib berkata, beliau enggan mendedahkan beberapa kepincangan semasa di era pemerintahan Dr Mahathir kerana ia akan menjejaskan parti.

“Ingat masa Tun Mahathir tiada masalah. Zaman dia lagi banyak masalah cuma saya tak cakap, buka pekung di dada nanti merugikan kita,” katanya.

Sebaliknya, Najib berkata beliau mahu menyelamatkan parti dan yakin masalah dalaman parti itu boleh diselesaikan menerusi rundingan bersama.

Menurutnya, meskipun UMNO berdepan dengan pelbagai cabaran, parti itu masih kuat dan mampu menerajui negara.

“Hanya kalau kita berpecah dari dalam sahaja yang akan mengakibatkan kita kehilangan kuasa,” katanya.

Beliau memberi contoh bagaimana sebatang pokok yang kuat boleh tumbang apabila ditetak dengan kapak.

Dalam pada itu, Najib turut mengingatkan hadirin bahawa penglibatan beliau dalam politik adalah bagi meneruskan perjuangan bapanya, yang juga perdana menteri kedua Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein.

"Kalau Allahyarham merupakan bapa pembangunan negara, bapa pembangunan luar bandar, pencetus kepada DEB (Dasar Ekonomi Baru), melahirkan MARA (Majlis Amanah Rakyat), FELDA (Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan), RISDA (Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah), BERNAS (Padiberas Nasional Berhad), Bank Bumiputra dan pelbagai lagi agensi dan badan lain.

"Maka saya sebagai anakandanya, berazam untuk bukan saja teruskan perjuangannya tetapi juga membawa negara kita, rakyat Malaysia, orang Melayu, ke tahap yang lebih tinggi lagi. Ini azam saya," katanya.

Najib menegaskan bahawa setiap dasar yang beliau perkenal dan laksanakan tidak lari dan tergelincir daripada prinsip dan perjuangan parti.

Menurut beliau Wawasan 2020 yang diperkenalkan Dr Mahathir adalah dasar yang baik dan diterimanya.

Namun apa yang dirasainya tidak betul beliau tidak ikut.

Contohnya BR1M yang dikritik oleh bekas Perdana Menteri itu.

Katanya sekurang-kurangnya golongan yang memerlukan dapat bantuan.

Katanya kerajaan tidak mahu hanya fokus kepada projek besar-besar sahaja.

Perdana Menteri berkata, walaupun DEB sudah tiada lagi, namun agenda pemerkasaan Melayu dan Bumiputera akan terus diangkat menjadi agenda nasional selagi beliau memegang tampuk pemerintahan.

Sebagai contoh, beliau berkata, projek Mass Rapid Transit (MRT) Sungai Buloh-Kajang memperuntukkan hampir 48 peratus daripada jumlah kontrak keseluruhan kepada syarikat-syarikat milik Bumiputera.

"Siapa kata tak ada dasar nak tolong Melayu dan Bumiputera? Bukan sahaja ada malah diperkasakan lagi.

"Dulu tak ada Teraju (Unit Peneraju Agenda Bumiputera), sekarang ada Teraju bagi menyelaraskan agenda pemerkasaan Bumiputera yang mana kita bermesyuarat pada setiap bulan," katanya.

Selain itu, Najib berkata, beliau telah lama memperjuangkan nasib pelajar-pelajar Melayu dan Bumiputera, termasuklah inisiatif meningkatkan martabat Universiti Teknologi Mara (UiTM) sewaktu zaman beliau menjadi Menteri Pelajaran (1995-1999) lagi.

"Siapa yang memartabatkan ITM menjadi sebuah universiti? Bukankah saya sewaktu jadi Menteri Pelajaran dahulu? Siapa yang tetapkan sasaran 200,000 kemasukan pelajar dalam UiTM? Bukankah saya sebagai Timbalan Perdana Menteri ketika itu?" katanya.

Menurut beliau banyak subsidi lain diberikan oleh kerajaan untuk bantu rakyat.

Najib secara berjenaka kata masalahnya semua yang terima subsidi senyap saja bila dapat.

Perdana Menteri mengulangi pendiriannya tidak akan tunduk pada desakan letak jawatan.

Katanya adalah satu hakikat beliau Presiden UMNO pertama yang dipilih melalui sistem yang lebih terbuka dan demokratik selepas pindaan perlembagaan parti.

Justeru, katanya desakan beberapa pihak untuk beliau melepaskan jawatan tidak wajar kerana ia membelakangkan kehendak majoriti anggota parti.

"Sebagai presiden parti, saya amat berterima kasih atas sokongan anda dan saya dipilih kerana apa? Melalui apa? Melalui permilihan dalam parti, di mana perlembagaan parti telah dipinda (pada tahun 2009)," katanya.

Najib berkata, sistem pemilihan pucuk pimpinan pada masa kini adalah lebih terbuka dan telus berbanding sistem terdahulu, yang mana ia menggunakan undi bonus dan kuota untuk mengekalkan jawatan tertinggi parti.

Beliau berkata sekiranya beliau mahu kekal memegang tampuk pemerintahan selama 22 tahun seperti Perdana Menteri Keempat Tun Dr Mahathir Mohamad (1981-2003), beliau tidak akan bersetuju dengan cadangan untuk meminda perlembagaan parti.

Najib berkata di sebalik cabaran demi cabaran yang ditempuhi UMNO, beliau akan terus berjuang demi kepentingan parti serta berusaha memperbaiki segala kelemahan yang ada.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana