PKR Cuba Tutup Pergeseran

SHAH ALAM 21 Mei - PKR dilihat cuba menutup pergeseran dua sekutunya, DAP dan Pas berhubung cadangan pembentukan Kabinet bayangan oleh Ketua Pembangkang, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali menyifatkan tindakan DAP menolak cadangan Wan Azizah itu serta membentangkan senarai Kabinet bayangannya sendiri bukan bermakna tidak wujud kesepakatan di antara ketiga-tiga parti dalam pakatan pembangkang.

Malah, beliau turut menggam­barkan tindakan DAP itu seolah-olah tidak dipersetujui oleh PKR dan Pas kerana menurutnya senarai Kabinet bayangan perlu diputuskan dalam mesyuarat majlis pimpinan pakatan pembangkang.

“Benda (senarai Kabinet bayangan) itu boleh diputuskan dalam mesyuarat pimpinan pakatan dan itu adalah amalan kita. Jadi perkara ini perlu dibawa dan dibincangkan dalam mesyuarat.

“Senarai Kabinet bayangan ini bukan seperti yang diamalkan di negara-negara barat, sebaliknya ia adalah satu jawatankuasa di peringkat ahli-ahli Parlimen (pembangkang) mengikut portfolio yang dicadangkan.

“Bagaimanapun, kita akan ada­kan pertemuan dalam tempoh terdekat ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Semalam, DAP memberi gam­baran untuk memerintah negara secara bersendirian sekiranya ber­jaya menguasai Putrajaya apabila membentuk Kabinet bayangan yang terdiri daripada pemimpin parti itu tanpa melibatkan Pas dan PKR.

Langkah tersebut juga dilihat sebagai satu penghinaan kepada Pas apabila Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan jawatan, Lim Guan Eng memaklumkan keputusan itu dibuat kerana DAP tidak lagi mempunyai sebarang hubungan dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menurut Guan Eng, pemben­tukan Kabinet bayangan memba­bitkan pemimpin pakatan pembangkang yang dicadangkan Wan Azizah itu akan gagal berikutan keengganan Abdul Hadi untuk be­kerjasama dengan rakan sekutunya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana