Pihak Serang Pimpinan Najib Umpama Parasit

JERANTUT 22 Mei - Pemuda Umno Jerantut menyokong penuh kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno.

Menerusi akaun Facebook Pemuda Umno Jerantut, Pemuda Umno Jerantut kesal ada beberapa pihak terutama di dalam dan di luar parti cuba menimbulkan keraguan dalam kepimpinan Najib dengan tujuan untuk mendesak agar beliau secara sukarela melepaskan jawatan yang dipegang beliau.

“Mereka kini bagaikan parasit yang hanya ingin bergelak ketawa di saat Perdana Menteri cuba melaksanakan agenda transformasi bagi mencernakan arah tuju negara dalam Wawasan 2020.

“Mereka ini berjaya menimbulkan keresahan masyarakat secara umum dengan satu persatu isu biarpun secara dasarnya hal itu tidak memberikan kesan negatif malah bakal menjanjikan sesuatu yang barangkali lebih di luar jangkaan.

“Kadangkala melihat mereka ini seakan tidak sabar melangkah dan tidak mahu sedaya upaya bersatu seperti cogan kata Umno itu sendiri,” katanya.

Menerusi laman Facebook Pemuda Umno Jerantut itu, mereka seolah-olah memperincikan agenda peribadi berbanding usaha melaksanakan transformasi yang digariskan Perdana Menteri.

Menurutnya, jika dilihat dalam senario terkini, kemenangan BN di PRK Rompin dan kekalahan BN di PRK Permatang Pauh, perbandingan majoriti bagi pihak penyandang tidak ada bezanya.

“Di PRK Rompin, kemenangan Datuk Hasan dengan majoriti 8,711 berbanding dengan PRU ke-13 sebanyak 15,144 dikatakan umum sebagai penolakan rakyat terhadap BN.

“Ianya diperkatakan bukan hanya dari pembangkang bahkan secara lantangnya dibangkitkan oleh golongan di dalam parti sendiri,” katanya.

Kemenangan Datin Seri Wan Azizah di PRK Permatang Pauh juga jauh merosot majoritinya berbanding semasa zaman Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Apakah itu boleh dianggap sebagai faktor penolakan rakyat terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri?," soalnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana