Peserta perhimpunan mahu beri gambaran buruk terhadap Malaysia...PR Suka Kalau Berlaku Macam Ni

BUKIT MERTAJAM: Terdapat sekumpulan peserta Perhimpunan Bantah GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan) di Kuala Lumpur semalam melakukan tindakan yang mahu memberi gambaran buruk terhadap Malaysia, seolah-olah Malaysia bukan negara yang aman.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, polis telah mencadangkan supaya perhimpunan itu diadakan di Padang Merbok, tetapi sebahagian peserta terlibat berdegil untuk mengadakan perhimpunan itu di kawasan tumpuan umum.

"Kita telah lakukan pemantauan, pengintipan. Ada terdapat golongan anarkis yang bukan sahaja menyembur cat di premis perniagaan, tetapi mereka juga membaling bahan-bahan yang menyerupai bahan gas berwarna.

"Ini kononnya sebagai tindak balas tindakan yang akan dilakukan polis. Pihak polis tak terperangkap dalam provokasi mereka. Mereka harap adanya 'tear gas', atau 'water cannon' tetapi perkara ini tidak dilakukan.

Mereka telah baling perkakasan berkenaan (bahan gas berwarna)," katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Program Bakti Rela Daerah Seberang Perai Tengah di sini hari ini, beliau berkata masyarakat tidak dapat menerima demonstrasi seperi yang diadakan semalam, kerana walaupun ada Akta Perhimpunan Aman tapi ia bukan alasan untuk membolehkan perhimpunan tanpa kawalan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana