Permatang Pauh: Ada yang tak beres disebalik U-Turn Pemuda PAS

Sepatutnya reaksi pertama pemimpin-pemimpin PAS yang pro Datuk Seri Anwar Ibrahim (Anwarinas) gembira selepas Pemuda PAS Pulau Pinang tarik balik arahan boikot kempen PKR di Permatang Pauh.
Tapi lihat pada tweet terbaru Ahli Parlimen PAS Shah Alam Khalid Samad, beliau nampaknya tidak puas hati lagi.

"Arahan Pusat X pakai, arahan Ketua Pemuda Pusat X pakai, akhirnya patuh arahan lain! Buat U-turn. Ni baru jemaah dalam jemaah! Atau guana.." tulisnya.

Apakah benar bahawa kumpulan penyokong Anwar dalam PAS gelisah berikutan ura-ura Pemuda PAS akan all out berkempen untuk menjelaskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (EKJS) Kelantan atau hudud sepanjang tempoh berkempen ini.

Bagi Anwarinas kempen penerangan hudud tidak sesuai di Permatang Pauh kerana lebih 30 peratus pengundi adalah bukan Melayu.

Sebelum itu, awal pagi Rabu,  Pemuda PAS Pulau Pinang mengumumkan tarik balik arahan membekukan jentera dan akur dengan arahan PAS Pusat yang meminta pihaknya membantu calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Jelasnya, keputusan tersebut dicapai selepas Pemuda PAS Pulau mengadakan mesyuarat malam Selasa yang turut dihadiri Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Muhammad Khalil Abdul Hadi dan Naib Ketua Pemuda PAS Pusat, Ir Khairil Nizam Khirudin.

“Kami sebulat suara telah memutuskan untuk akur arahan PAS Pusat bagi membantu gerak kerja PRK Permatang Pauh.

“Dalam masa yang sama, kami juga tetap dengan pendirian kami sebelum ini supaya Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang menarik balik kenyataan melampau terhadap Presiden PAS dan memohon maaf,” katanya.

Menurut Yusni, memang terdapat konflik antara Pemuda PAS dengan AMK tetapi ia mampu diselesai atas semangat Pakatan Rakyat.

Yusni juga menegaskan, pendirian terbaru Pemuda PAS itu bukan disebabkan tunduk dengan desakan daripada pihak tertentu.

Jelasnya, beliau meminta AMK memohon maaf kenyataan mereka pada dua bulan lepas yang mendakwa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kononnya ada kerjasama antara PAS dan UMNO.

“Kita rehatkan jentera untuk meminta permohonan maaf daripada AMK. Kita mengambil sikap ini, kita sebagai ‘anak’ bila ada orang berkata benda yang tidak baik kepada ‘ayah’ kita, maka kita kena pertahankan.

“Tetapi bila ayah kita berlapang dada, kita pun melihat kalau kita tidak bantu, kerusi ini akan terlepas. Walaupun kita, kita akan terus mendesak kerana perasaan terkilan itu masih ada,” ujarnya.

Bagaimanapun Yusni memaklumkan bahawa Hadi Awang belum maklum dengan pendirian terbaharu Pemuda PAS itu.

Yusni dalam satu kenyataan pada 26 April berkata, semua jentera dan petugas Pemuda PAS Pulau Pinang direhatkan dari semua gerak kerja sepanjang kempen PRK Permatang Pauh berlangsung.

Tindakan itu dilakukan kerana kecewa dengan sikap tidak peduli dan membisu AMK Pulau Pinang terhadap desakan Pemuda PAS negeri agar memohon maaf berhubung kenyataan yang menghina dan memfitnah Abdul Hadi.

AMK Pulau Pinang diberi tempoh sehingga hari penamaan calon 25 April lalu untuk memohon maaf tetapi memandang remeh desakan itu dan langsung tidak mengambil sebarang tindakan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana