Pelajar pintar Matematik, Nur Fitri perlu dibantu

SHAH ALAM: Dikecam selepas melakukan kesilapan adalah lumrah dalam kehidupan manusia, namun apakah si pelaku akan terus dipersalahkan?

Persoalan ini dijawab pakar kaunseling Hanita Mohd Shariff, yang mahu rakyat Malaysia lebih terbuka dalam menilai setiap permasalahan yang berlaku sehingga membuatkan seseorang itu terlibat dalam jenayah atau pun salahlaku.

Hanita berkata demikian mengulas hukuman yang dikenakan terhadap seorang pelajar pintar Matematik dari Malaysia, Nur Fitri Azmeer Nordin, 23 yang dijatuhi hukuman penjara lima tahun atas kesalahan memiliki lebih daripada 30,000 imej dan video lucah kanak-kanak oleh Mahkamah Southwark Crown, London baru-baru ini.

"Pelajar itu perlu diberi bantuan. Sekarang ini apa yang kita lihat pelajar tersebut terus-menerus dikecam, itu memang lumrah manusia apabila berlaku sesuatu kita akan dikecam.

"Tetapi adakah dia akan terus dikecam, jadi punca kepada dia jadi begitu apa dia? Adakah kita mengetahui punca pelajar tersebut jadi begitu? soal Hanita.

Menurut Hanita, pihak bertanggungjawab perlu memainkan peranan dalam menangani kes yang melibatkan pelajar pintar ini.

"Saya bagi contoh sebatang pokok dimana kita siram dia elok tapi pokok itu tidak berbuah. Orang mesti nak tahu punca dia tidak berbuah dan bila orang tahu punca kekurangan tersebut adalah baja maka kita akan beri baja yang sesuai bagi menggalakkan pokok tersebut mengeluarkan buah yang baik dan berkualiti. Itu sebab kita tahu punca.

"Pelajar ini perlu diberi bantuan dan jangan dibiarkan kenapa dia jadi begitu kenapa dia kumpul gambar kanak-kanak seperti itu. Apa persekitaran dia, Keluarga dia bagaimana.

"Jadi, akar kepada masalah itu kita akan bantu pelajar tersebut mencari beberapa startegi yang sesuai," ujarnya.

Justeru, Hanita berkata sebaik sahaja punca kepada permasalahan Nur Fitri ini dapat dirungkai barulah langkah mahupun hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan boleh dilaksanakan.

Malah, tegas Hanita selain mengenakan hukuman seperti menggantung sesi pembelajan beliau Nur Fitri juga seharusnya menjalani beberapa program kemasyarakatan.

"Hukuman kepada pelajar kerana salahlaku ini bergantung dan tertakluk dengan kotrak yang ada dalam perjanjian dimana beliau belajar.

"Hukuman daripada keluarga juga perlu dan ia bergantung kepada apa dan bagaimana bentuk hukuman yang hendak dikenakan kepada beliau.

"Bagi pengisian dalam bentuk latihan dari sumber manusia untuk meningkatkan lagi modal insan dan dalam masa yang sama kena buat pemulihan," tambahnya.

Nur Fitri Azmeer Nordin, 23 seorang pelajar pintar dalam subjek Matematik dijatuhi hukuman penjara lima tahun atas kesalahan memiliki lebih daripada 30,000 imej dan video lucah kanak-kanak oleh Mahkamah Southwark Crown, London.

Menurut laporan portal United Kingdom International Business Times, Nur Fitri telah disabit dengan 17 kesalahan memiliki, membuat dan menyebarkan gambar-gambar lucah kanak-kanak

Nur Fitri mengaku melakukan kesalahan tersebut sehingga tarikh November 2014 di mahkamah yang sama.

Beliau yang ditahan di kediamannya di Queensborough Terrace, West London mula belajar di Imperial College sejak  tahun lalu.

Pihak Polis Metropolitan berjaya mengesan Nur Fitri selepas menemui satu akaun internet miliknya yang telah memuat turun beribu-ribu video dan imej lucah kanak-kanak.

Polis bertindak menggeledah rumahnya pada November 2014 dan menemui komputer riba milik Nur Fitri yang masih terbuka bersebelahan sebuah patung kanak-kanak.

Ketika ditahan, polis mendapati Nur Fitri yang juga pemegang biasiswa Matematik memiliki 601 buah video dan imej lucah Kategori A iaitu kategori penyalahgunaan yang melibatkan aktiviti seksual kanak-kanak, serta beratus-ratus bahan lucah kategori B dan C.

Secara keseluruhan, polis telah menemui lebih daripada 30,000 imej tidak senonoh dan video penderaan seksual kanak-kanak selepas memeriksa peralatan elektronik miliknya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana