PBSNT tetap salahkan pengadil

KUALA TERENGGANU – “D enda tetap kena denda, tapi kita mahu denda yang dikenakan itu se­patutnya pengadil itu yang bayar (kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)).

Memang kita tahu kita akan didenda tapi FAM kena fahamlah suasana”. Demikian reaksi Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid mengenai rusuhan yang tercetus di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin malam kelmarin.

Beliau seterusnya mendesak agar badan induk bola sepak negara itu menjalankan siasatan terpe­rinci terhadap mutu pengadilan Mohd.

Amirul Izwan Yaakob yang me­ngadili separuh akhir kedua Piala FA antara Terengganu dengan Lions XII yang berakhir dengan rusuhan.

Menurutnya, siasatan perlu dilakukan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian yang mendorong pengadil terbabit bertindak sedemikian kerana dikhuatiri mempunyai unsur-unsur yang mencurigakan.

“Saya sokong siasatan terperinci mesti dilakukan (oleh FAM), kadang-kadang dalam keadaan perlawanan yang begitu penting.

Kita tak nafikan ada berlaku dulu pemain kena beli, tapi ada pengadil juga kena beli dan kita tak tahu. “Jadi, siasatan kena dilakukan dan kemungkinan itu (unsur-unsur rasuah) ada,” dakwa beliau dalam sidang akhbar sejurus selesai mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa PBSNT di pejabat persatuan itu di sini semalam.

Malah, beliau turut mempertikaikan prestasi penjaga garisan, Azman Ismail yang pernah dilanda kontroversi hampir sama dalam perlawanan melibatkan Terengganu pada 2013.

Beliau juga mendesak FAM menghantar hasil la­poran mengenainya kepada PBSNT sebaik sahaja siasatan itu selesai dijalankan.

Wan Ahmad Nizam seterusnya mencadangkan supaya pi­hak-pihak berke­naan, terutama jawatankuasa pengadil membuat blue print bagi mengenal pasti rekod serta reputasi mana-mana pengadil yang bermasalah ketika mengadili perlawanan lain.

Jelasnya, langkah itu dapat membantu semua pihak khususnya persatuan bola sepak negeri me­ngetahui rekod sebenar pengadil terbabit sama ada pernah digantung atau didenda.

“Sepatutnya jawatankuasa pengadil kena ada blue print me­ngenai pengadil, masalahnya ada pengadil yang digantung tapi tidak dimaklum kepada persatuan.

“Kita tak tahu pengadil dulu berapa lama dia pernah digantung dan berapa banyak didenda.

“Istimewa sangat ke pengadil ini, tiba-tiba perlawanan seterus­nya dia ada pula untuk mengadili saingan.

Kata digantung pada hal tindakan tidak diambil,” ujarnya.

Beliau turut menafikan dakwaan se­­te­ngah pihak yang menyalahkan Terengganu dalam insiden rusuhan tem­poh hari sebaliknya menjelaskan bahawa skuad Penyu itu pernah mendapat penghar­gaan daripada FAM dari segi pengurusan, pemain serta penyokongnya sebelum ini.

“Sepatutnya FAM fikirkan me­ngenai seorang (pengadil) bukan 35,000 orang (penonton), yang seorang itu sudah buat dua keputusan sehingga menimbulkan kemarahan ramai, ini bukan hanya berlaku di Terengganu tetapi juga tempat lain,” katanya.

Wan Ahmad Nizam turut mengesahkan surat bantahan yang ditandatangani Setiausaha Agung PBSNT, Ariffin Deraman telah dihantar kepada Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin semalam berhubung kontroversi itu.

Dalam perlawanan menentang Lions XII Sabtu lalu, penyokong Terengganu merusuh termasuk bertindak membakar sebuah ambulans dan merosakkan harta awam lain sebaik sahaja pasukan itu tersingkir daripada saingan Piala FA menerusi peraturan gol tempat lawan selepas terikat 4-4 secara agregat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana