Pasukan cari MH370 kesan serpihan kapal karam

SYDNEY, 13 Mei:

Sebuah pasukan mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang diketuai Australia, menemui serpihan kapal karam di Lautan Hindi.

Biro Keselamatan Pengangkutan Australia memaklumkan, beberapa pantulan cerah yang kecil dikesan di dasar laut.

Data daripada imbasan sonar beresolusi tinggi yang dilakukan kenderaan berautonomi dalam air menunjukkan, imej sebesar bola kriket dikesan di kedalaman 3,900 meter dalam laut.
“Ia adalah penemuan menarik, namun ia bukan apa yang kami cari,” kata pengarah operasi pencarian MH370, Peter Foley.

Imej-imej itu jelas menunjukkan sebuah sauh bersama beberapa objek lain buatan manusia.
Menurut Foley, pencarian MH370 masih diteruskan.

“Kami kecewa kerana ia bukan serpihan pesawat, namun kami sentiasa bersikap realistik dengan semua kebarangkalian.

“Penemuan ini menunjukkan sistem, anggota dan peralatan yang terbabit dalam pencarian berfungsi dengan baik, jika ada serpihan, kami akan temuinya,” tambahnya dalam satu kenyataan.
Penerbangan MH370 yang membawa 12 kru dan 227 penumpang itu, hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, pada 8 Mac tahun lalu.

Namun, sehingga kini, tiada satu pun serpihan pesawat Boeing 777-200ER ditemui.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana