PAS Tiada Prinsip, Dinodai Rakan Sekutu

KOTA BHARU 1 Mei - Timbalan Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub menyifatkan PAS kini seperti sudah hilang arah dan tidak mempunyai prinsip perjuangan sendiri.

Beliau merujuk tindakan Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang membatalkan keputusan memboikot PRK Parlimen Permatang Pauh.

"Apabila satu keputusan kita buat, kita perlu kekal dengan keputusan itu. Kita jadi pemimpin parti politik kena yakin dan selalu berpegang kepada keputusan yang telah dibuat.

"PAS seperti telah dinodai oleh rakan mereka sendiri, apabila mereka ingin hudud dibawa ke Parlimen, yang lantang menentang adalah rakan kongsi mereka sendiri," katanya.

Pada 25 April lepas, PAS Permatang Pauh yang turut melahirkan hasrat memboikot PRK itu, menarik balik keputusannya selepas mengadakan perjumpaan tertutup dengan Dr Wan Azizah yang juga Presiden PKR pada malam sebelumnya.

Akan tetapi, Pemuda PAS Pulau Pinang masih konsisten dengan keputusan asal sebelum membuat 'pusingan-U' semalam.

Tindakan memboikot itu merujuk kenyataan Angkatan Muda Keadilan negeri yang mengecam pimpinan PAS berhubung hukum hudud

PRK Parlimen Permatang Pauh 7 Mei depan menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Dr Wan Azizah (PKR), Suhaimi Sabudin (Barisan Nasional), Azman Shah Othman (PKR) dan Salleh Isahak (Bebas).

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana