Pandikar Nafi Letak Jawatan Speaker Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR: Tan Sri Pandikar Amin Mulia menafikan beliau telah meletak jawatan sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

Katanya, beliau akan bertugas seperti biasa sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat pada Persidangan Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlime ke-13 yang akan bermula Isnin ini.

"Saya akan mempengerusikan upacara mengangkat sumpah Ahli Dewan Rakyat bagidua ahli baharu daripada Parlimen kawasan Rompin (Datuk Hasan Arifin) dan kawasan Permatang Pauh (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) serta urusan-urusan mesyuarat yang ditetapkan pada 18 Mei 2015 (Isnin ini)," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata demikian bagi menafikan laporan di portal berita yang mendakwa bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu forum di Ipoh pada Sabtu mengatakan Pandikar telah berjumpa dengannya dan telah memaklumkan meletakkan jawatan sebagai Speaker Dewan Rakyat.

Pandikar berkata beliau turut akan mempengerusikan sesi pembentangan usul Rancangan Malaysia ke-11, yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Khamis ini.

Pandikar, 59, bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, telah mengangkat sumpah sebagai Yang Di-Pertua Dewan Rakyat pada April 2008 bagi menggantikan Tan Sri Ramli Ngah Talib.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana