Pandikar cerita semua ...kata Dr Mahathir aibkan diri sendiri...dedah kepada umum kisahnya

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia tidak masuk kerja sebelah pagi Selasa.Sebaliknya beliau telah memanggil satu sidang akhbar di rumahnya di Kuala Lumpur pada sebelah tengahari.

Ramai wartawan dan jurugambar bergegas untuk meliputi sidang akhbar itu kerana menduga ini pasti ada kaitan dengan polimek pendedahan Tun Dr Mahathir Mohamad beliau hendak letak jawatan.

Seperti di duga itulah ceritanya.Beliau mengesahkan memang ada hajat nak letak jawatan seperti didedah bekas Perdana Menteri itu dalam ceramahnya di Ipoh Sabtu lalu.

Pandikar akui hal itu berbangkit dalam perbualannya dengan Dr Mahathir sewaktu pertemuan mereka pada 13 Mac lalu.

Surat letak jawatan sudah diserah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 19 Mac.

“Pada 19  Mac lalu saya ada berjumpa dengan Perdana Menteri membincangkan hal politik negara dan hal ehwal parlimen dan menyerahkan surat bertarikh 18 Mac untuk letak jawatan serta merta.” katanya.

Perdana Menteri tolak surat perletakan jawatan itu.Malah beliau tidak pegang pun surat itu.

Kata Pandikar Perdana Menteri tanya masalah-masalah berkaitan tugasnya dan terus bertindak untuk membuat pembaikan termasuk tukar Ketua Pentabir Parlimen.

“PM respons dan terus telefon Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa. Beberapa hari ketua pentadbir baru Parlimen ambil alih tugas,” katanya.

Menurut Pandikar Amin, mesyuarat Kabinet selepas itu turut membincangkan cadangan penambahbaikkan parlimen dan beberapa cadangan lain yang dibangkitkan beliau.

“Saya juga cadang menteri yang jaga parlimen ditiadakan,” katanya.

Atas sebab itu,katanya beliau sambung tugasnya sebagai Speaker Dewan Rakyat dan masuk kerja pada hari akhir sesi sidang yang lalu pada 9 April.

Pada persidangan Dewan Rakyat sesi lalu, Pandikar hanya bertugas pada 9 dan 10 Mac dan kemudian ‘menghilangkan’ diri.

Nyata ini semua adalah cerita lama yang berlaku dalam bulan Mac lalu.

Masalahnya bila Dr Mahathir membuat pendedahan itu Sabtu lalu,ramai yang asalnya menduga ia baru saja berlaku.

Lagipun surat perketakan jawatan sudah diserah dan Perdana Menteri telah menolaknya serta Pandikar sudah kembali bertugas seperti biasa.

Disebalik semua ini tergambar wajah kesal Pandikar polimek ini timbul ekoran gara-gara tindakan Dr Mahathir dedah kepada umum perbualan peribadi antara mereka berdua itu.

“Saya ada jumpa Tun pada Mac (13 Mac)  Saya menghormati Tun sebab itu bertemunya dan ada curah isihati seperti kenyataan saya dua hari lalu.“Itu curahan hati anak pada bapa. Saya bagi tahu tak akan pengerusi Dewan mulai 11 Mac dan kedua-dua timbalan ambil alih.

Beliau menafikan nak letak jawatan kerana merajuk atau kerana perabut di pejabatnya lama.

Sebaliknya ia berkaitan tugas serta tidak mendapat kerjasama dari pentabiran Parlimen.

Katanya beliau tidak mahu aibkan Dr Mahathir....tetapi Dr Mahathir yang aibkan dirinya sendiri dedahkan cerita perbualan mereka itu kepada umum.

Apapun katanya memang Dr Mahathir tidak bohong tentang fakta hajatnya hendak letak jawatan itu.
Jelas katanya, beliau tidak berbohong dan Tun Mahathir juga tidak berbohong dalam isu tersebut.

“Tun tidak bohong sebab saya memang jumpa beliau dan saya pula tidak bohong sebab ada surat letak jawatan,” ujarnya.

Bagaimanapun beliau mendedahkan setelah meluahkan perkara-perkara yang terbuku dihatinya Dr Mahathir bukan menasihatkannya sebagai antara anak dengan bapa tetapi telah memintanya segera letak jawatan.

Pandikar merasa mungkin Dr Mahathir bersikap begitu kerana kegairahannya hendak jatuhkan Perdana Menteri.

Beliau berharap dengan penjelasan itu menamatkan kontroversi peletakan jawatan Speaker seperti dibangkitkan mantan Perdana Menteri itu di Ipoh, Sabtu lalu.

"Lepas kenyataan ini, jangan kejar saya lagi. Ini yang akhir. Saya mohon maaf pada Tun dengan kenyataan ini..tidak niat aibkan Tun seperti Tun beritahu semalam. Bagi saya kenyataan Tun yang memalukan dirinya sendiri sebab dedah perbincangan 13 Mac lalu,” katanya.

Juga kata Pandikar beliau tidak mahu campur pertikaian antara Dr Mahathir dan Perdana Menteri.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana