Nampak Sangatlah DAP Menguasai PR....DAP mahu PKR perkemas jentera PRK Permatang Pauh

PULAU PINANG: DAP Pulau Pinang nampaknya seperti tidak puas hati dengan jentera pilihan raya PKR dalam pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh, dan mahu ia diperkemaskan.

Seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat berkata parti itu kecewa dengan kurangnya sokongan daripada PKR, terutama ketika berkempen untuk menarik undi di kalangan masyarakat India.

Beliau memberi contoh satu perjumpaan dengan pengundi di Kampung Bagan Serai di Permatang Pauh.

Pemimpin itu, yang tidak mahu dikenali, berkata kaum India di kawasan itu berasa diabaikan oleh PKR, di mana calon yang juga presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bertanding dalam pilihan raya kecil bagi kerusi tersebut.

Wan Azizah berdepan dengan calon BN Suhaimi Sabudin, Azman Shah Othman (PRM) dan Salleh Isahak (bebas).

"Kami berasa seperti mahu menarik diri daripada kempen. Kami memberitahu mereka tentang hal itu kerana ia tidak boleh berterusan begini," kata pemimpin itu, yang berasal dari Pulau Pinang, kepada Malaysiakini.

"Kecuali mereka memperkemaskan jentera mereka, supaya lebih teratur, dan tidak mengabaikan masyarakat India, kami akan tarik diri," tegasnya.

Pemimpin itu berkata walaupun bilangan pengundi India mungkin kecil - 4,083 orang - tetapi menurutnya, setiap undi penting dalam pilihan raya kecil itu yang terbukti lebih sukar dari hari ke hari.

Presiden MIC Datuk Seri G Palanivel berkata parti itu akan bekerja keras untuk memperolehi kira-kira 3,000 undi untuk BN dalam pilihan raya kecil itu, tetapi Timbalan Setiausaha Agung DAP, P Ramasamy menyifatkan dakwaan itu sebagai satu "mimpi".

Sementara itu, sumber tersebut berkata ancaman PAS untuk memboikot pilihan raya kecil itu minggu depan, merupakan cabaran tambahan dan ia boleh menjejaskan keputusannya. - Malaysiakini

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana