MT Umno Nyata Sokongan Padu Buat Najib Dan Muhyiddin

KUALA LUMPUR 11 Mei - Kesemua Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO hari ini melahirkan sokongan padu terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai presiden dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan presiden parti itu.

Najib berkata barisan MT UMNO mahu supaya presiden dan timbalan presiden serta pimpinan tertinggi parti bersatu dalam satu pasukan dan mengambil tindakan positif untuk kukuhkan lagi kedudukan parti itu dan Barisan Nasional (BN) di sisi rakyat.

"Dengan keputusan itu, maka MT (UMNO) juga kata kalau ada isu berbangkit, MT harap mereka diberi peluang untuk menyumbang idea bernas dan positif supaya sebarang isu berbangkit boleh ditangani dan diberi penyelesaian yang sewajarnya," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat MT di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Isnin.

Mesyuarat itu, yang bermula 3.30 petang dan berakhir 7 malam ini, turut dihadiri Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri serta dua Naib Presiden iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Semua ketua sayap parti iaitu Ketua Wanita Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin dan Ketua Puteri Datuk Mas Ermieyati Samsudin turut menghadiri mesyuarat itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana