Mampukah PAS-DAP-PKR terus 'setuju untuk tidak setuju'...?

Makin dekat pemilihan PAS makin ramai yang lauh perasaan khususnya mengenai hubungan parti itu dengan Pakatan.
Ahli Jawatankuasa Pusat PAS,Khalid Samad yang dikenali sentiasa vokal mahu Pakatan kekal mantap nampak macam orang makin putus harap.

"Saya melihat dengan penuh kerisauan, arah tuju yang ingin dibawa oleh beberapa pemimpin PAS berhubung kedudukan PAS dalam PR dan sesama PAS.

"Kenyataan sombong dan angkuh yang tidak sama sekali menggambarkan usaha menyatupadukan atau mencari perdamaian atas asas yang dipersetujui bersama,"katanya menerusi blog rasminya Isnin lalu.

Dalam tulisannya dibawah tajuk 'Kukuhkan PR, Hargai Kekuatan Rakan' Ahli Parlimen kawasan Shah Alam itu masih mengharapkan semangat ‘setuju untuk tidak bersetuju’ terus menjadi pengikat pimpinan PAS-DAP-PKR.

Kalau nak kekalkan bahtera Pakatan,menurutnya pimpinan kesemua parti hendaklah bertindak secara tenang dan bijaksana dalam menangani persoalan perbezaan.

"Jangan marah apabila ada yang tidak bersetuju atas isu yang memang telah tidak dipersetujui dari asalnya. Jangan cuba memaksa persetujuan atau menyerang dan mengutuk apabila ada yang nyatakan tidak bersetuju.

"Kerana sememangnya ianya tidak dipersetujui dari awal. Dalam erti kata lain, jangan marah apabila PAS membawa isu hudud untuk Kelantan dan jangan juga marah apabila DAP tidak bersetuju.

"Malangnya bukan ini yang kelihatan sedang berlaku. PR dilihat berada di penghujung hayatnya oleh sebahagian pemerhati politik atas sebab tidak bijaknya cara perbezaan ini diurus,"kata Khalid.

Pendirian Khalid yang dicop oleh pemerhati politik sebagai salah seorang Anwarinas dalam PAS tidak menghairankan.

Itu juga yang nampaknya menjadi pendirian mereka yang sewaktu dengannya dalam PAS.

Bagi mereka Pakatan ialah satu-satunya talian hayat untuk ke Putrajaya.

Realiti politik memang nampak begitu.Sejak tsunami politik masa pilihanraya umum 2008 gabungan tiga parti ini terus mengekalkan cabaran sengit keatas BN semasa pilihanraya umum 2013.

Bukan orang luar yang cakap sebaliknya kalangan pimpinan PAS sendiri yang akui tanpa sokongan kaum Cina khususnya dari DAP,parti itu akan kembali ke ' zaman gelap'.

Jika itu keadaannya ,di Selangor contohnya dari 15 kerusi Ahli Dewan Undangan Negeri yang dimenangi pada pilihanraya umum ke 13...dianggarkan sembilan kerusi bungkus.

Jangan kata golongan Anwarinas...malah jika dirisik kalangan golongan ulama PAS sendiri akui fakta ini jika bercerai kasih dengan Pakatan.

Soalnya kalau begitu kenapa kini jelas menjelang pemilihan PAS ada gerakan golongan ulama hendak menguasai balik parti itu.

Sekarang ini dikalangan barisan 24 orang Ahli Jawatankuasa Pusat PAS nyata ia dikuasai oleh golongan Anwarinas.

Ini dikatakan membuatkan suara mereka sentiasa dominan pada setiap mesyuarat.

Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang dikatakan 'tersepit' hingga adakalanya sukar membuat keputusan ikut seleranya.

Ikut sumber-sumber dalaman contoh yang ketara perbezaan pendirian dikalangan mereka ialah semasa kontroversi Langkah Kajang PKR hendak singkir bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

Hadi dan golongan ulama tidak setuju dengan Langkah Kajang apa lagi hendak menamakan Datuk Seri Wan Azizah sebagai Menteri Besar,sebaliknya golongan Anwarinas tidak kisah.

Apa yang dikatakan menjadi kebimbangan golongan ulama ialah gejala 'tidor sebantal mimpi lain-lain' bukan saja wujud diantara PAS-DAP-PKR tetapi dikalangan pimpinan parti itu sendiri.

Siapa yang tidak 'sakit mata' melihat adanya kalangan pemimpin yang jelas lebih berkiblatkan pihak lain selama ini.

Ini yang dikatakan membuat golongan ulama PAS merasa parti itu semakin hilang jati diri kerana terpaksa melayan selera mereka yang terlalu condong kepada gerak langkah PKR dan DAP kerana matlamat hendak kejar Putrajaya.

Jadi selama mana konsep 'setuju untuk tidak setuju' seperti yang diharapkan oleh Khalid terus menjadi pengikat Pakatan dapat bertahan dalam keadaan begitu?

Kebelakangan ini dalam banyak hal,PAS yang nampak seolah kena tunduk kepada kehendak DAP maupun PKR seperti isu Langkah Kajang.

Ini belum lagi bab Hudud yang kini menjadi polimek antara ketiga parti itu.

Selain itu ada sebilangan isu dalaman dan antara parti lain yang membuatkan golongan ulama merasakan mereka perlu menguasai balik sepenuhnya parti.

Tidak perlu pergi jauh.Melihat sukarnya Pakatan duduk semeja untuk membincangkan dan memutuskan sebuah kabinet bayangan sudah cukup untuk mengambarkan betapa rumitnya konsep 'setuju untuk tidak setuju'.

Malah lantikan Datuk Seri Wan Azizah Ismail sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen selepas memenangi pilihanraya kecil Permatang Pauh dikatakan cuma sebagai 'stop gap' sahaja.

Ia dipercayai untuk mengelak pertelagahan antara ketiga parti itu tentang siapa yang paling layak duduk di kerusi itu.

Kalau nak diambil kira hakikat sebenarnya,bagaimana PAS boleh menerimanya sebagai ketua sedangkan semua orang tahu Hadi menolaknya untuk dinamakan sebagai Menteri Besar Selangor.

Ini belum lagi Pakatan berkuasa di Putrajaya.Ada yang menilai sukar dibayangkan jika ditakdirkan begitu jika dari sekarang nampak ketiga parti itu sukar 'setuju untuk tidak setuju'.

Ada yang membuat andaian sudah tentu DAP misalnya akan tuntut lebih hendak itu ini kerana merasa ia menjadi penyumbang besar kepada kemenangan Pakatan.PKR pula hendak begitu dan PAS begini.

Ibarat kata 'hell breaks loose'.

Siapa tahu mungkin waktu itu Khalid terpaksa menyepikan diri dan garu kepala di pinggir Tasik Putrajaya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana