Lemahnya PAS, Senang DAP Masuk & ‘Ludah’ Mukanya

PAS ternyata dalam situasi yang sangat lemah bila penasihat DAP senang-senang masuk negeri itu dan berkempen agar rakyat Kelantan menolak hukum hudud.  Tempat yang dipilih pula katanya adalah lokasi biasa ceramah PAS untuk membantai kerajaan BN dan UMNO, hari ini, dia pulak yang kena balik.

Ini kira macam orang asing masuk rumah kita dan kemudian ludah tepat ke muka, padan muka.

Setakat yang PAS boleh buat hanyalah mengutuk Kit Siang dengan pelbagai gelaran, kurang ajarlah itulah inilah.  Malangnya, dalam masa yang sama juga, ada dua pemimpin PAS yang menyokong kedatangan Kit Siang bercakap tentang penolakan hudud – dalam negeri yang nak melaksanakan hudud.

Ini tidak pernah berlaku di mana-mana.  Tidak ada badan hak asasi manusia antarabangsa datang ke Arab Saudi dan berkata undang-undang hudud negara itu perlu ditamatkan, tidak ada

Tapi di Kelantan ada.   Dahla tu, kawasan PAS sendiri juga yang jemput, bukan orang lain.

Kerana yang jemput ialah PAS sendiri, tak haran kenapa kecaman itu sendiripun ibaratnya seorang gay mencubit punggung gay yang lain saja – lembut dan tak berkesan, lagi buruk keadaan, ada pulak di kalangan pemimpin PAS memuja tindakan itu, kononnya kerana DAP bukan Islam maka itu dibolehkan.

Soalnya sekarang kalau dia bukan Islam dan tidak faham, peluang Kit Siang datang ke Kota Bharu perlulah digunakan PAS untuk memahamkan Kit Siang, bukan sebaliknya!!  Kit Siang pulak datang ceramah dengan orang PAS kenapa hudud perlu ditolak.

Tak bacul ka macam itu?

PAS kalau kempen pasal UMNO macam-macam, DAP masuk buta-buta dalam tanah jajahan dia, menolak perundangan yang dia perjuangkan dari zaman berzaman, tak terkata apalah pulak?

Kawan tu dah balik baru dia bising (itupun bukan semua bising).  Jadi nak cerita apa lagi pasal hudud ni, bila orang masuk dan kutuk hudud dalam negeri sendiri pun tak boleh nak buat apa?

Elok tutup sajalah parti ini, ganti dengan PasMA.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana