Lagi kisah Speaker Dewan Rakyat...MP BN juga mahu Parlimen bebas

Sehari selepas selesai 'hu ha' mengenai isu letak jawatan Speaker Dewan Rakyat,Tan Sri Pandikar Amin Mulia nampak relaks di pejabatnya di bangunan Parlimen.

Gambar di atas ialah semasa kunjungan Pengerusi Majlis Ahli Parlimen BN (BNBBC) Tan Sri Shahrir Samad keatasnya tengahhari Rabu.

Beliau disertai oleh Ahli Parlimen BN Setiawangsa Datuk Fauzi Zahari dan Ahli Parlimen BN Kulim Bandar Bharu,Datuk Aziz Sheikh Fadzir.

Dewan Rakyat kini sedang bersidang masuk hari ketiga sejak Isnin lalu.

Kunjungan ini tentu sekali memberi erti yang besar bagi Pandikar yang sejak Sabtu lalu tiba-tiba menjadi isu satu negara bila Tun Dr Mahathir Mohamad ' buka cerita' beliau hendak letak jawatan semasa berceramah di Ipoh.

Siapa yang tidak melompat perbualan peribadi antara mereka berdua itu terdedah kepada umum tanpa restunya.

Lagipun soal hajat nak letak jawatan sudah lama selesai sebelum bekas Perdana Menteri itu cerita mengenainya kepada orang luar.

Apapun isu yang mendorong rungutannya hingga ada hajat nak letak jawatan termasuk mahu penambahbaikan dan reformasi dibuat di Parlimen sudah mendapat respon yang baik dari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ini ditambah pula dengan dokongan BNBBC yang menjadi payung kepada 68 Ahli Parlimen BN backbencher kepada apa yang disuarakan oleh Speaker itu.

Sebagai orang yang mengendalikan sidang Dewan Rakyat yang kini lebih hangat berbanding zaman dulu sudah tentu Pandikar dapat merasai dan tahu dimana kekurangan-kekurangan yang perlu dibaiki.

Melihat tugas Speaker dan dua orang Timbalan Speaker yang mengurus sidang Dewan Rakyat khususnya dalam keadaan menangani gelagat macam-macam Ahli Parrlimen pembangkang sekarang nyata amat mencabar.

Mereka yang sering mengikuti perbahasan serta sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat menerusi siaran langsung RTM atau menerusi internet tentu tahu tugas berat yang perlu dipikul mereka.

Adakalanya suasana dewan jadi macam sarkas dan tidak terkawal.

BNBBC juga tidak cakap kosong dalam mendokong Pandikar mengharungi cabaran ini.

Pandikar antara lain tidak mahu Parlimen dilihat sebagai rubber stamp dan para pegawai Parlimen memberi kerjasama penuh dalam urusan tugasnya.

Sebelum pertemuan dengan Pandikar itu ,Shahrir telah mengadakan sidang akhbar di lobi Parlimen mengumukan BNBBC menyokong penuh usaha penambahbaikan dan reformasi di Parlimen yang disuarakan oleh Pandikar.

Katanya BNBBC juga setuju agar Akta Perkhidmatan Parlimen diwujudkan semula .

Ini bagi membolehkan Parlimen bergerak dengan kuasanya sendiri sekaligus mewujudkan pengasingan kuasa antara badan eksekutif dengan Parlimen.

Badan eksekutif di Parlimen kini diwakili oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim.

Antara portfolio beliau ialah jaga urusan Parlimen.

Menurut Shahrir reformasi perkhidmatan Parlimen ini wajar supaya selari dengan transformasi kerajaan dalam pentabiran,ekonomi dan politik.

"Parlimen perlu bebas," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana