Kisah orang nak bertanding jawatan Presiden...Sanggup Berdemo DIJalanan

Terlihat gambar Tuan Guru Ahmad Awang oleh difacebook bekas wartawan Harakah diberhentikan kontrak setelah tamat tempoh tapi mendakwa dipecat.
Tergaman dan terkejut beruk juga bila Ustaz Ahmad Awang ini dapat status Tuan Guru?

Lagi pelik bila melihat Tuan Guru Ustaz Ahmad Awang (nama baru dicalonkan bertanding Presiden PAS bukan calon lagi sebab belum ada pengesahan untuk bertanding) diringi oleh AJK PAS Pusat pada demostrasi anti GST 1 Mei 2015.

Seingat saya demonstarsi-demonstrasi yang besar di Malaysia ini 10 tahun kebelakangi tidak pernah saya lihat "batang hidung" yang disebut-sebut bakal memimpin PAS selepas muktamar ke-61 nanti. Yang di ketuk dan di cerca, ada turun malah pernah kena tangkap.

Pelik kalau tiba-tiba gambar dipapar di merata ceruk kononnya pimpinan hebat yang turun padang sedangkan sebelum ini tak pernah nampak dalam siri-siri demo. Adakah ini kerana wujud permilihan dalam muktamar maka kena tunjuk muka?

1 Ogos 2009, PAS bersama Pakatan Rakyat menyertai demonstrasi anti-ISA. Di mana Tuan Guru Ustaz Ahmad Awang ketika ini?

Pada 13 Jun 2008, Protes harga minyak kemudian diikuti dengan 6 Julai 2008, Stadium Kelana Jaya. Ustaz Ahmad ada di mana?

Demonstrasi PPSMI pada 7 Mac 2009, PAS sekali lagi dengan Pakatan Rakyat menjayakan bantahan kepada sistem PPSMI yang dilihat tidak membantu meningkatkan kemahiran murid yang lemah dalam Sains dan Matematik.

Demonstrasi BERSIH pada 10 Oktober 2007, 9 Julai 2011 BERSIH 2.0 dan 28 April 2012 bantah duduk BERSIH 3.0.

Saya senaraikan beberapa siri perhimpunan yang besar dan saya rasa semuanya tidak nampak batang hidung Ustaz Ahmad Awang. Mungkin saya terlepas pandang, jika ada pembaca lihat gambar Ustaz Ahmad Awang dalam mana-mana demo berkenaan tolong tunjukkan.

Kenapa sekarang baru muncul?

Adakah semata-mata pemilihan muktamar untuk jawatan?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana