Khairy mahu FAM beri penjelasan tindakan pengadil

Sabak Bernam: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) perlu memberikan penjelasan berkenaan mutu pengadilan bola sepak Liga Malaysia hingga berlaku rusuhan penonton.
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, mutu pengadilan tidak profesional bukan perkara baru.

“Keputusan pengadil tidak harus dijadikan alasan, tetapi FAM mesti menjelaskan mutu pengadilan pengadil kerana sudah beberapa kali isu ini menjadi punca rusuhan.
“Penjelasan ini perlu merangkumi prosedur penilaian pengadil serta tindakan akan dibuat ke atas pengadil perlawanan,” katanya selepas merasmikan Karnival Fiesta Mesra Belia 1Malaysia Selangor 2015, semalam.

Khairy berkata, rusuhan malam kelmarin yang dicetuskan penyokong Terengganu itu perlu dirujuk kepada tindakan disiplin FAM.“Saya mendapat laporan anggota polis yang ditempatkan di stadium mencukupi semasa perlawanan tetapi rusuhan itu berlaku selepas tamat perlawanan.
“Dalam soal keselamatan, tiada kompromi. FAM dan Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) harus bertanggungjawab,” katanya.

Pada malam kelmarin, penyokong Terengganu bertindak ganas merosakkan kemudahan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin selepas tidak puas hati dengan keputusan pengadil pada aksi separuh akhir Piala FA antara Terengganu dan LionsXII.

Mereka tidak puas hati dengan pembatalan gol pasukan Terengganu pada minit-minit terakhir perlawanan. Tuan rumah menang 3-2 tetapi gagal layak ke final menerusi kiraan gol tempat lawan selepas agregat terikat 4-4 yang berpihak kepada pelawat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana