Kerajaan Terengganu Serap Kos GST

Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Haji Ahmad Razif Abd Rahman hari ini dalam satu kenyataannya  memberitahu,kerajaan Terengganu akan menyerap semua  kos-kos cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang dikenakan dibawah perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Keputusan itu telah diputuskan di dalam mesyuarat kerajaan negeri baru-baru ini yang melibatkan kos berjumlah RM1.6 juta untuk tahun 2015.

Sembilan item yang dikenakan GST oleh pihak PBT sebelum ini ,Sewaan  bangunan &Premis MBKT,Sewaan Pasar-pasar,Pajakan tanah,Pajakan pasar,Pajakan tempat letak kereta,Sewaan kemudahan sukan,Sewaan alat kelengkapan dan perhiasan,Sewaan kenderaan, mesin dan jentera dan jualan borang ,pelan dan dokumen.

Ini adalah salah satu insiatif kerajaan negeri Terengganu bagi membantu serta mengurangkan beban yang ditanggung oleh rakyat negeri ini.

Kerajaan negeri akan memulangkan kembali kos-kos GST yang telah dibayar oleh rakyat melalui PBT masing-masing.

Terengganu adalah negeri kedua yang menyerap kos GST selepas daripada johor yang menyatakan keputusan nya baru-baru ini- kenyataan ini dibuat selepas selesai hari pertama Sidang Dewan Undangan Negeri ketiga Belas ,penggal ketiga di Wisma darul Iman hari ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana