Kabinet bayangan: DAP mahu perintah negara bersendirian

SHAH ALAM: Kolumnis Awang Selamat hari ini mendakwa Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mahu DAP memerintah negara ini secara bersendirian sekiranya pembangkang berpeluang menguasai Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang.

Malah, Awang juga mempersoalkan cadangan Kabinet bayangan Pakatan Rakyat (PR) dan bertanya apakah peranan yang akan dimainkan PAS di dalamnya.

"Awang tertanya-tanya apakah PAS akan berada dalam senarai Kabinet dan apakah benar desas-desus Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng bakal diberi mandat sebagai Timbalan Perdana Menteri 1 dan seorang lagi pemimpin DAP, Tony Pua sebagai Menteri Kewangan 1?

"Juga cakap-cakap Kabinet itu akan lebih dikuasai oleh DAP, yang sangat yakin dapat terus membolot undi masyarakat Cina menerusi hampir kesemua kerusi yang ditandingi.

"Sebab itu, Guan Eng ada pandangan bercanggah sebagai responsnya kepada pengumuman Dr Wan Azizah.

"Malah beliau menggambarkan DAP mahu memerintah sendirian tanpa melibatkan PKR dan Pas jika menguasai Putrajaya," kata Awang Selamat.

Menurut Awang, perkara itu jelas kerana semua percaturan dalam Pakatan sebelum ini lebih banyak menguntungkan DAP.

Bagaimanapun, Awang berkata kabinet bayangan yang dicipta DAP ini sekali lagi menolak Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Bayang-bayang Hadi pun beliau tidak mahu, inikan pula untuk membentuk Kabinet bersama," ujarnya.

Maka, ujar Awang tidak hairanlah mengapa Abdul Hadi membuat kenyataan bahawa PAS bersedia memutuskan hubungan dengan DAP.

"PAS melalui Hadi, menolak Kabinet bayangan DAP yang disifatkan tidak berpijak di bumi nyata.

"Malah Awang difahamkan, PAS sudah ada pelan kontingensi untuk tidak lagi dibuli dalam Pakatan.

Selain itu, Awang juga menyifatkan tindakan DAP dan PKR itu merupakan satu penghinaan dan pengkhianatan terhadap PAS yang tidak boleh dimaafkan.

"Penghinaan DAP dan pengkhianatan PKR terhadap PAS sudah keterlaluan dan telah banyak membawa mudarat.

"Tidak boleh dimaafkan. Awang hanya senyum. Belum apa-apa lagi Kabinet bayangan sudah menjadi Kabinet igauan," tambahnya.

Sebaik sahaja mengangkat sumpah sebagai ahli Parlimen Permatang Pauh,  Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Presiden PKR berkata, beliau mahu melaksanakan kembali Kabinet bayangan PR.

Bagaimanapun, DAP melalui Setiausahanya, Lim Guan Eng menolak Kabinet bayangan PR dan mengumumkan pembentukan Kabinet bayangannya sendiri dengan mengatakan cadangan melaksanakan Kabinet bayangan PR tidak lagi praktikal.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana