Jom Mari Kita Baca Sejenap....Sudah Sudah Lah

Jika dikatakan ‘nyanyuk’, penulis beliau akan terasa. Tersinggung hati dikatakan begitu. Malah mungkin ramai ‘macai-macai’nya yang suka merodong ikut membabi buta akan meroyan marah-marah serta menuduh penulis sebagai ‘macai Najib’ dan sebagainya.

Penulis tidak tahu siapa sebenarnya yang beliau jumpa. Benarkah beliau berjumpa dengan Tan Sri Pandikar Amin Mulia? Atau bak kata ramai pihak yang berseloroh mengatakan beliau sebenarnya berjumpa dengan Pendekar Mustar Kampung Pinang Sebatang!

Terlajak perahu mungkin boleh diundur. Tapi kalau terlajak kata, bayangkanlah akibatnya. Apatah lagi sebagai seorang yang dikatakan hebat dan belum nyanyuk, tiba-tiba ‘kantoi’ di khalayak ramai! Paling menyakitkan, Tan Sri Pandikar Amin Mulia tidak menunggu lama untuk menafikan dakwaan negarawan itu, kan?

Syabas penulis ucapkan pada Tan Sri Pandikar Amin Mulia kerana tidak menunggu lama untuk memperbetulkan kenyataan yang seolah ‘nyanyuk’ itu. Maaflah penulis katakan ‘nyanyuk’, sebab memang nampaknya begitulah keadaan terkini beliau…

Beliau di zaman itu memang hebat orangnya. Apa yang beliau katakan, apa saja idea beliau sampaikan, semua orang menurut. Jika ada yang berani panggung muka membantah, siaplah beliau kerjakan di sebalik tabir. Orang lama tentu tahu perkara itu, bukan?

Mungkin kerana itulah ketika beliau menjadi Presiden, bila beliau batuk, ramai yang akan menggigil. Bila beliau menguap, semua akan tunjuk insyarat ‘best’, terbaik dan memuji beliau. Cubalah buat muka tak suka di depannya, memang pendeklah umur politiknya…

Tapi itulah yang beliau canangkan ke seluruh negara bila Najib enggan menjadi ‘boneka’nya. Jika dulu ketika beliau menjadi Perdana Menteri dan Najib hanyalah Menteri biasa saja, memanglah Najib akan ikut perintahnya. Arahan dari ‘boss’, kan? Mestilah ikut…

Namun sekarang bila Najib sudah menjadi Presiden dan Perdana Menteri, perlukah diikut arahan ahli parti biasa dan bekas Perdana Menteri? Pada pandangan penulis, Najib boleh ikut jika wajar dilakukan dan Najib boleh tolak jika difikirkan kurang sesuai, bukan?

Ikut budi bicara Najiblah, kan? Apakah beliau ketika menjadi Perdana Menteri dulu masih mengikut arahan dari Tunku Abdul Rahman, Tun Razak dan Tun Hussein Onn? Sampai Tunku Abdul Rahman keluar parti dibuatnya, kan? Itu budi bicara beliau?

Budaya sebegitu sememangnya wujud dalam tempoh 22 tahun sebelum ini. Tiba-tiba bila beliau berhenti kerja, beliau kononnya luahkan rasa risaunya tentang budaya peninggalannya. Bukannya beliau hendak membantu membersihkan budaya itu, malah beliau tambah pula cerita ‘Pendekar Mustar’… mengusutkan lagi, kan?

Presiden sekarang sangat terbuka. Beliau buka blog, facebook, twitter dan laman-laman sosialnya untuk menerima kritikan dari seluruh rakyat Malaysia, dari dalam mahu pun luar negara. Tidak macam Presiden dulu yang hanya berhadapan dengan surat layang. Itupun riuh sekampung cari penulisnya…

Penulis yakin, ‘otai-otai’ UMNO ramai yang tahu cerita di sebalik tabir sepanjang 22 tahun pemerintahannya. Sama ada sampai hati atau tidak sampai hati saja untuk bercerita, kan? Takkanlah sampai hendak dilondeh kesemuanya, kan? Semuanya masih banyak lagi terpendam. Mereka mungkin tiada ‘kotak’ seperti Ezam, tapi…

Beliau perlu tahu bahawa zaman sudah berubah. Zaman ini bukan zaman Pendekar Mustar. Zaman ini zaman Mark Zuckerberg. Zaman Mark Zuckerberg ini, macam-macam boleh berlaku. Zaman ini orang yang masih hidup pun boleh disahkan mati berkali-kali dan hidup semula sebelum benar-benar disahkan mati…

Baca Sini

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana