Ini pun nak bailout 1MDB ke ?...syarikat Indonesia sambar tanah TRX RM665 juta

Ikut maklumat yang bocor di sebuah laman blog dakwa Tabung Haji ada cadangan nak beli satu lot tanah 1MDB di Tun Razak Exchange (TRX) untuk bina menara 74 tingkat dikenali Signautre Tower.
Cadangan nak beli lot berkenaan ialah pada harga RM3,900 sekaki persegi yakni seluruhnya RM578 juta.

Namun kenyataan Tabung Haji selepas itu menafikan ia hendak beli lot berkenaan sebaliknya mengesahkan cuma beli lot yang berharga RM188.5 juta sahaja.Namun Tabung Haji sudah putuskan nak jual balik tanah itu selepas timbul kontroversi termasuk dakwaan kononnya pembelian itu nak bailout 1MDB.

Rabu,TRX umum ia sudahtandatangani perjanjian memajukan Signature Tower dengan sebuah syarikat koprat terkemuka Indonesia,Mulia Group pada nilai RM665 juta.Kalau dihitung harga RM665 juta itu yang disetujui oleh Mulia Group adalah 87 juta lebih tinggi dari RM578 juta yang didakwa ditawar kepada Tabung Haji dalam maklumat blog berkenaan.

Kontroversi yang berbangkit berkisar kepada maklumat yang bocor di laman blog berkenaan ialah mengapa 1MDB nak jual plot Singature Tower itu terlalu mahal pada Tabung Haji.Ini berdasarkan perkiraan 1MDB dapat tanah itu murah dari kerajaan.

 Maka Tabung Haji dituduh macam-macam.Sasaran ditujukan khusus kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.Ekoran perkembangan terbaru ini,kalangan yang melihat isu ini secara rasional secara sinis bertanya," apakah mereka nak tuduh harga yang disetujui oleh Mulia Group,sebuah syarikat dari Indonesia juga satu usaha nak bailout 1MDB?"

Apakah syarikat Mulia Group yang merupakan syarikat ' blue chip' di Indonesia nak buat kerja bodoh bailout sebuah syarikat di negara lain jika ia tidak melihat peluang perniagaan yang terbentang luas di TRX.CEO Mulia Group Eka Tjandranegara, dalam satu kenyataan berkata beliau melihat potensi TRX dan amat teruja nak majukan SignatureTower.

Dari kenyataan itu membawa ingatan kita kepada kata-kata popular, 'menang sorak kampong tergadai' Di sini kita riuh tak tentu pasal dan syok sangat nak berpolitik untuk balon kerajaan ...orang lain dari jauh sambar peluang di depan mata.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana